Loading...

Fenomena ‘Patin Celup’ Cetus Keresahan Warga Temerloh !

Loading...
Fenomena ‘Patin Celup’ Cetus Keresahan Warga Temerloh ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fenomena ‘Patin Celup’ Cetus Keresahan Warga Temerloh !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fenomena ‘Patin Celup’ Cetus Keresahan Warga Temerloh !
link : Fenomena ‘Patin Celup’ Cetus Keresahan Warga Temerloh !

Baca juga


Fenomena ‘Patin Celup’ Cetus Keresahan Warga Temerloh !


TEMERLOH: Fenomena ‘patin celup’ yang dikatakan melanda daerah ini yang terkenal dengan bandar ikan patin menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk di sini termasuk penternak ikan sungai.

Aktiviti membawa patin luar termasuklah ikan patin dari perkampungan ‘Kemboja’ di Pekan yang di­letakkan sementara di dalam sangkar di Su­ngai Pahang sebelum dijual sebagai patin Temerloh dibim­bangi menjejaskan industri ikan patin yang terkenal di daerah ini.

Pengerusi Konsortium Koperasi Penternakan Ikan negeri, Mohd. Nor Yatim berkata, aktiviti itu yang telah berlarutan perlu dihentikan kerana boleh menjejaskan industri ikan patin di daerah ini.

“Masalah kekurangan bekalan ikan patin antara punca yang mendorong kepada sesetengah pihak untuk membawa ‘patin Kemboja’ dari Pekan sebelum meletakkannya di dalam sangkar selama seminggu atau dua minggu sebelum dijual.

“Jadi saya berharap pihak berkuasa berkaitan dapat memandang serius perkara ini dan memastikan tiada lagi aktiviti ‘patin celup’ yang boleh menjejaskan industri patin daerah ini yang terkenal sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Nor, penjualan patin luar yang dibawa ke daerah itu boleh menjejaskan industri ikan patin memandangkan rasa patin dari luar berbeza dengan patin Temerloh.

Katanya, dari segi saiz pula katanya, patin yang dibawa masuk ke daerah ini dilihat lebih besar yang dipercayai diberi pelbagai makanan termasuklah perut ayam.

“Rasa ‘patin celup’ yang dibawa dari luar memang tidak sedap berbeza daripada patin sungai Temerloh yang boleh menyebabkan peminat patin tidak berasa puas menikmati juadah patin yang dihidangkan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pada masa ini Konsortium Penternakan Ikan negeri mempunyai kira-kira 20 buah sangkar ternakan ikan patin di Sungai Pahang.

Katanya, cabaran utama penternakan di sungai berkenaan adalah risiko ikan mati akibat air yang keruh dan sebagainya termasuklah keadaan cuaca yang tidak menentu. #sumber




Demikianlah Artikel Fenomena ‘Patin Celup’ Cetus Keresahan Warga Temerloh !

Sekianlah artikel Fenomena ‘Patin Celup’ Cetus Keresahan Warga Temerloh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fenomena ‘Patin Celup’ Cetus Keresahan Warga Temerloh ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/fenomena-patin-celup-cetus-keresahan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Fenomena ‘Patin Celup’ Cetus Keresahan Warga Temerloh !"

Catat Ulasan

Loading...