Loading...
Judul : Jama Yunos Di Jangka Tiba Di KL Tengahari Ini, Kata Peguam !
link : Jama Yunos Di Jangka Tiba Di KL Tengahari Ini, Kata Peguam !
Jama Yunos Di Jangka Tiba Di KL Tengahari Ini, Kata Peguam !
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos akan tiba di Kuala Lumpur tengah hari ini dan spekulasi mengatakan beliau akan terus dibawa ke mahkamah untuk didakwa.
Ketika dihubungi, peguamnya Imran Tamrin mengesahkan kepulangan Jamal itu - yang sebelum ini melarikan diri ke Indonesia ekoran diburu polis.
"Beliau dijangka tiba pada pukul 2.15 petang," katanya kepada Malaysiakini.
Sumber polis berkata Ketua UMNO Sungai Besar itu akan segera dibawa ke mahkamah untuk didakwa.
Ketika ditanya, Imran yang juga ADUN Sungai Panjang berkata beliau tidak pasti sama ada anak guamnya itu akan terus didakwa atau direman terlebih dulu.
Jamal yang hilang sejak Mei lalu ditahan di Tebet, Jakarta Selatan, pada 2 Mac lalu. Beliau ditahan di ibu pejabat polis Jakarta Selatan sebelum dihantar pulang pagi ini.
Beliau pertama kali ditahan polis pada 22 Mei lalu ketika dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, namun melarikan diri ketika proses ikat jamin.
Bekas ketua kumpulan Baju Merah itu dikehendaki polis atas beberapa kesalahan, antaranya di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan gangguan awam dan Seksyen 34 Akta Senjata 1960 berkaitan penggunaan senjata api. #sumber
Demikianlah Artikel Jama Yunos Di Jangka Tiba Di KL Tengahari Ini, Kata Peguam !
Sekianlah artikel Jama Yunos Di Jangka Tiba Di KL Tengahari Ini, Kata Peguam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jama Yunos Di Jangka Tiba Di KL Tengahari Ini, Kata Peguam ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/jama-yunos-di-jangka-tiba-di-kl.html
0 Response to "Jama Yunos Di Jangka Tiba Di KL Tengahari Ini, Kata Peguam !"
Catat Ulasan