Loading...

Rosli: "Kempen Rumah Selamat", Elak Jenayah Pecah Rumah !

Loading...
Rosli: "Kempen Rumah Selamat", Elak Jenayah Pecah Rumah ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rosli: "Kempen Rumah Selamat", Elak Jenayah Pecah Rumah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rosli: "Kempen Rumah Selamat", Elak Jenayah Pecah Rumah !
link : Rosli: "Kempen Rumah Selamat", Elak Jenayah Pecah Rumah !

Baca juga


Rosli: "Kempen Rumah Selamat", Elak Jenayah Pecah Rumah !


KUANTAN: Sebanyak 5,653 borang diterima daripada orang awam menerusi Kempen Rumah Selamat yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena musim perayaan kali ini yang bermula pada 8 Jun hingga 22 Jun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Ab. Rahman berkata, prestasi polis dalam melaksanakan kempen itu pada kali ini memuaskan apabila tidak berlaku sebarang jenayah pecah rumah membabitkan rumah-rumah yang ditinggalkan untuk tempoh tersebut.


“Daripada jumlah tersebut, Kuantan mencatatkan daerah tertinggi mengenai kesedaran orang awam untuk mengisi borang dan mengembalikan kepada balai berhampiran atau melalui dalam talian.

“Untuk rekod, Kuantan sebanyak 1,676 borang diikuti Rompin (1,152 borang) dan Temerloh 503 borang),” katanya di sini.

Menurut Rosli, polis melalui unit rondaan sama ada kende­raan pelbagai guna (MPV) atau Unit Rondaan Bermotosikal serta anggota balai telah me­lakukan pemantauan sebanyak 13,951 lawatan.

“Lawatan itu dilakukan di rumah-rumah yang telah didaftarkan dan kita turut memantau di premis kiri dan kanan rumah berkenaan.

“Rompin mencatatkan lawatan tertinggi iaitu sebanyak 2,399 kali diikuti Kuantan (2,228) dan Temerloh (1,914),” jelasnya.

Beliau berharap kesedaran orang ramai untuk sentiasa berwaspada dalam mengelak berlakunya jenayah pecah rumah dengan menyertai kempen se­perti itu.

“Mereka hanya perlu mengisi borang memaklumkan tempoh untuk balik kampung atau bercuti bagi meninggalkan rumah. Polis akan mengadakan lawatan ke rumah-rumah yang didaf­tarkan sekurang-kurangnya dua kali sehari,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Rosli: "Kempen Rumah Selamat", Elak Jenayah Pecah Rumah !

Sekianlah artikel Rosli: "Kempen Rumah Selamat", Elak Jenayah Pecah Rumah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rosli: "Kempen Rumah Selamat", Elak Jenayah Pecah Rumah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/rosli-kempen-rumah-selamat-elak-jenayah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rosli: "Kempen Rumah Selamat", Elak Jenayah Pecah Rumah !"

Catat Ulasan

Loading...