Loading...

Fuziah Dakwa Beliau Sokong Rafizi Tanding Kerana Prinsipnya !

Loading...
Fuziah Dakwa Beliau Sokong Rafizi Tanding Kerana Prinsipnya ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fuziah Dakwa Beliau Sokong Rafizi Tanding Kerana Prinsipnya !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fuziah Dakwa Beliau Sokong Rafizi Tanding Kerana Prinsipnya !
link : Fuziah Dakwa Beliau Sokong Rafizi Tanding Kerana Prinsipnya !

Baca juga


Fuziah Dakwa Beliau Sokong Rafizi Tanding Kerana Prinsipnya !


AMPANG: Calon ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh menyuarakan sokongan secara terbuka kepada Rafizi Ramli untuk merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti bulan depan.

Ahli Parlimen Kuantan itu turut menggesa ahli PKR mempunyai prinsip jelas dan menyokong calon yang memperjuangkan agenda reformasi.

“(Saya sokong Rafizi) bukan sebab orangnya, tapi sebab prinsipnya (memperjuangkan agenda reformasi).

“Kita bersama atas prinsip, tidak ada main 2 kolam, main selamat dalam kapal ini atau kapal lagi satu,” katanya ketika berucap di depan lebih 500 penyokong Rafizi hari ini.

Rafizi yang merupakan naib presiden PKR, dijangka berdepan tentangan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Azmin Ali.

Fuziah yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR berkata, beliau kembali bertanding jawatan ketua wanita bukan kerana jawatan atau kuasa, tetapi untuk mempertahankan gerakan reformasi.

“Saya pernah jadi ketua wanita sebanyak 2 penggal, kenapa saya nak balik semula jadi ketua wanita, seolah-olah turun pangkat, tetapi demi agenda reformasi saya bertanding.”

Fuziah antara 8 regu Rafizi, selain Nurul Izzah Anwar (ahli Parlimen Permatang Pauh), Datuk Johari Abdul (ahli Parlimen Sungai Petani), William Leong (ahli Parlimen Selayang), S Kesavan (ahli Parlimen Sungai Siput), Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga), Akmal Nasir (ahli Parlimen Johor Bahru) dan Raymond Ahuar (ketua Pemuda PKR Sabah) dalam kempen merebut jawatan nombor 2 PKR.

Sehingga kini, Azmin belum mengumumkan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya atau bertanding jawatan lain. #sumber


Demikianlah Artikel Fuziah Dakwa Beliau Sokong Rafizi Tanding Kerana Prinsipnya !

Sekianlah artikel Fuziah Dakwa Beliau Sokong Rafizi Tanding Kerana Prinsipnya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fuziah Dakwa Beliau Sokong Rafizi Tanding Kerana Prinsipnya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/fuziah-dakwa-beliau-sokong-rafizi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Fuziah Dakwa Beliau Sokong Rafizi Tanding Kerana Prinsipnya !"

Catat Ulasan

Loading...