Loading...
Judul : Wan Azizah Nafi Wujud Kem Rafizi, Azmin Menjelang Pemilihan
link : Wan Azizah Nafi Wujud Kem Rafizi, Azmin Menjelang Pemilihan
Wan Azizah Nafi Wujud Kem Rafizi, Azmin Menjelang Pemilihan
Katanya, setakat ini hanya ada satu kem dalam PKR.
“Satu kem sahaja, iaitu kem saya,” katanya selepas berkempen untuk calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis, hari ini.
Beliau yang juga presiden Pakatan Harapan berkata, kehadiran muka baru dan lama dalam pemilihan PKR penting bagi memastikan kesinambungan di dalam parti berterusan.
“Kita mahukan muka baru dan muka lama, ia penting kerana bila lihat dalam pilihan raya umum lalu, ada muka baru ramai, tetapi muka lama juga ada. Alhamdulillah.”
Katanya, beliau akan menyokong semua calon yang bertanding dalam pemilihan PKR, termasuk Rafizi dalam misi merebut jawatan Timbalan Presiden parti.
Beliau berkata, amalan demokrasi dalam pemilihan ialah amalan sihat yang membolehkan parti diasaskan pada 1998 itu terus berkembang dan menarik minat anak muda.
“Saya sokong semua dalam PKR…Pertandingan membolehkan parti kita lebih berkembang.
“Bukan itu sahaja, ia juga lebih menaikkan semangat antara anak muda.”
Sementara itu, Wan Azizah akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Azmin berhubung dakwaan wujud amalan kronisme, nepotisme dalam pemilihan ahli majlis di Selangor.
“Saya belum lagi dapat bercakap dengan tuan pengerusi, saya bolehlah tanya dan saya juga akan dapatkan laporan dari MPN.”
Banyak pihak mengaitkan peletakan jawatan Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Badli Shah Syed Osman dan Ketua Pemuda PKR Sabak Bernam, Abdul Mutalib Ahmad dengan “2 kem” dalam parti itu, iaitu kem Rafizi dan Azmin.
Syed Badli Shah dilaporkan mendakwa beliau meletak jawatan kerana segelintir pemimpin PKR mengamalkan budaya kronisme dan nepotisme dengan menggunakan pelantikan politik sebagai habuan untuk mengekalkan pengaruh serta kuasa.
Mengulas sokongan terbuka PAS kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam di Sungai Kandis, Wan Azizah yakin profil calon PKR, Zawawi Ahmad Mughni memberi kelebihan kerana beliau ialah ustaz.
“Pertandingan ini antara PH dan Umno, PAS tidak bertanding, tetapi saya rasakan PAS akan menyokong mana-mana calon, calon kita mempunyai potensi kerana seorang ustaz dan mampu menarik pengundi.”
Kerusi Sungai Kandis kosong susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu dan Lokman akan berdepan Zawawi serta calon bebas, K Murthy, Sabtu depan, selepas PAS tidak menurunkan calonnya untuk mengelakkan perpecahan undi.
Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, Shuhaimi memenangi kerusi itu (dahulu Sri Muda) untuk penggal ke-3 berturut-turut dengan 23,998 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518 undi), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573 undi) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76 undi). #sumber
Demikianlah Artikel Wan Azizah Nafi Wujud Kem Rafizi, Azmin Menjelang Pemilihan
Sekianlah artikel Wan Azizah Nafi Wujud Kem Rafizi, Azmin Menjelang Pemilihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah Nafi Wujud Kem Rafizi, Azmin Menjelang Pemilihan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/wan-azizah-nafi-wujud-kem-rafizi-azmin.html
0 Response to "Wan Azizah Nafi Wujud Kem Rafizi, Azmin Menjelang Pemilihan"
Catat Ulasan