Loading...

Keluar Dengan Anak Najib, Aktres Taiwan Di Larang Periksa FB

Loading...
Keluar Dengan Anak Najib, Aktres Taiwan Di Larang Periksa FB - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluar Dengan Anak Najib, Aktres Taiwan Di Larang Periksa FB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluar Dengan Anak Najib, Aktres Taiwan Di Larang Periksa FB
link : Keluar Dengan Anak Najib, Aktres Taiwan Di Larang Periksa FB

Baca juga


Keluar Dengan Anak Najib, Aktres Taiwan Di Larang Periksa FB


PETALING JAYA: Pengurus pelakon Taiwan, Celia Zhang, telah menghalangnya daripada memeriksa laman Facebooknya buat sementara waktu selepas dia dilihat keluar bersama anak lelaki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Portal berita memberitahu bahawa pengurus Zhang tidak akan membiarkan pelakon itu membaca komen-komen di halaman Facebooknya kerana bimbang dia akan terganggu.

Zhang bagaimanapun belum lagi mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya.

Pada Jumaat, portal berita Taiwan, Apple Daily melaporkan Datuk Mohd Nazifuddin Najib dilihat menghabiskan masa lebih tiga jam menikmati makanan bersama Zhang di sebuah restoran di kawasan Xinyi dekat bangunan Taipei 101.


Dilaporkan Mohd Nazifuddin keluar bersama Zhang selepas Najib dibebaskan dengan ikat jamin susulan penahanannya pada 3 Julai lalu atas dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Artikel itu melaporkan bahawa Zhang mendakwa dia mengambil teksi pulang ke rumah dan tidak bermalam bersama Mohd Nazifuddin selepas kedua-dua mereka dilihat minum bersama di hotel di mana anak Najib menginap.



Walaupun tidak menafikan mereka berpegangan tangan, tetapi aktres itu memberitahu ia hanya selama seminit.

Dia turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia dan Mohd Nazifuddin berciuman secara romantis, dengan menjelaskan ia sekadar cara untuk mengucapkan selama tinggal.

Artikel itu menyebut bahawa pertemuan itu sebenarnya untuk kerja sampingan Zhang kerana dia lebih berminat untuk mencuba dalam pelaburan.
Dia memiliki kepentingan perniagaan di salon kuku dan hotel haiwan perliharaan, dengan pendapatan bulanan melebihi TWD100,000 (RM13,270).

Dikatakan bahawa Mohd Nazifuddin diperkenalkan kepada Zhang melalui seorang rakan mereka warga Singapura.
Menurut rakannya yang dipetik oleh Apple Daily, Mohd Nazifuddin mula memikatnya sejak setahun lalu, walaupun aktres itu telah menjalinkan hubungan.

Mohd Nazifuddin kemudian bersungguh-sungguh mengenali Zhang lebih dekat selepas wanita itu berpisah dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, status hubungan mereka masih menjadi tanda-tanya kerana tidak dapat disahkan sama ada kedua-duanya sedang menjalinkan hubungan.

Semakan pada halaman Facebook Zhang menunjukkan bahawa status terakhirnya adalah Sabtu lalu (30 Jun). #sumber



Demikianlah Artikel Keluar Dengan Anak Najib, Aktres Taiwan Di Larang Periksa FB

Sekianlah artikel Keluar Dengan Anak Najib, Aktres Taiwan Di Larang Periksa FB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluar Dengan Anak Najib, Aktres Taiwan Di Larang Periksa FB dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/keluar-dengan-anak-najib-aktres-taiwan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Keluar Dengan Anak Najib, Aktres Taiwan Di Larang Periksa FB"

Catat Ulasan

Loading...