Loading...

Tun M: Tak Dapat Bayang Apa Akan Di Buat Najib Sebagai PM !

Loading...
Tun M: Tak Dapat Bayang Apa Akan Di Buat Najib Sebagai PM ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M: Tak Dapat Bayang Apa Akan Di Buat Najib Sebagai PM !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M: Tak Dapat Bayang Apa Akan Di Buat Najib Sebagai PM !
link : Tun M: Tak Dapat Bayang Apa Akan Di Buat Najib Sebagai PM !

Baca juga


Tun M: Tak Dapat Bayang Apa Akan Di Buat Najib Sebagai PM !


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membebaskan dirinya daripada sebarang kesalahan membabitkan dakwaan rasuah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal 1MDB.

Menerusi satu wawancara eksklusif bersama Al Jazeera, Dr Mahathir berkata, beliau tidak tahu Najib akan didakwa dengan tuduhan rasuah.

"Pada masa saya menyokongnya, dia dilihat menjadi calon yang baik sebagai Perdana Menteri," katanya.

Dr Mahathir mengakui bahawa semasa berundur dari politik pada 2003, beliau tidak berniat untuk kembali.

"Tetapi selepas saya berundur dan pemimpin baharu mengambil alih, ramai yang datang berjumpa dengan saya, meminta saya melakukan sesuatu kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan pengganti saya," katanya.

"Akhirnya, Datuk Seri Najib mengambil alih, tetapi sekali lagi ramai orang tidak gembira... jadi orang datang untuk berjumpa dengan saya. Meminta saya untuk berbuat sesuatu," katanya.

Beliau berkata, menggulingkan Najib dan menyelamatkan Malaysia adalah alasan mengapa beliau kembali ke arena politik dan menyertai Pakatan Harapan.

Dr Mahathir berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi yang menuduhnya melakukan kesilapan sebelum ini memutuskan untuk melupakan masa lalu.

"Kita perlu bersama-sama. Penggulingan Najib jauh lebih penting daripada pertengkaran kita yang terdahulu," kata Dr Mahathir.

Najib pada Rabu lalu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan tiga pertuduhan pecah amanah berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan jutaan ringgit. #sumber



Demikianlah Artikel Tun M: Tak Dapat Bayang Apa Akan Di Buat Najib Sebagai PM !

Sekianlah artikel Tun M: Tak Dapat Bayang Apa Akan Di Buat Najib Sebagai PM ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M: Tak Dapat Bayang Apa Akan Di Buat Najib Sebagai PM ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/tun-m-tak-dapat-bayang-apa-akan-di-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tun M: Tak Dapat Bayang Apa Akan Di Buat Najib Sebagai PM !"

Catat Ulasan

Loading...