Loading...
Judul : Kereta Musnah Terbakar Gara-Gara Terlanggar Bangkai Babi !
link : Kereta Musnah Terbakar Gara-Gara Terlanggar Bangkai Babi !
Kereta Musnah Terbakar Gara-Gara Terlanggar Bangkai Babi !
DUNGUN - Seorang kakitangan syarikat cari gali minyak dan gas nasional, Petronas hampir maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya hangus terbakar akibat terlibat dalam kemalangan merempuh bangkai seekor babi hutan di Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Ketengah Jaya dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8.20 malam, mangsa, Izudin Embong sempat menyelamatkan diri selepas keluar daripada keretanya yang sedang marak terbakar.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Razidi Abdul Rahim berkata, sewaktu kejadian, Izudin dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Kerteh, Kemaman ke rumahnya di Bandar Ketengah Jaya.
"Sewaktu tiba di lokasi kejadian iaitu persimpangan masuk ke Bandar Ketengah Jaya dari Santong, Paka dekat sini, kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa telah terlanggar bangkai seekor babi hutan yang bergelimpangan di tengah jalan.
"Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut terbabas di tepi jalan sebelum berlaku kebakaran kecil dipercayai akibat kerosakan enjin," katanya kepada di sini hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Kereta Musnah Terbakar Gara-Gara Terlanggar Bangkai Babi !
Sekianlah artikel Kereta Musnah Terbakar Gara-Gara Terlanggar Bangkai Babi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kereta Musnah Terbakar Gara-Gara Terlanggar Bangkai Babi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/kereta-musnah-terbakar-gara-gara.html
0 Response to "Kereta Musnah Terbakar Gara-Gara Terlanggar Bangkai Babi !"
Catat Ulasan