Loading...

Janji Wajib Tunai, Jangan Bagi Alasan Belum Cukup 100 Hari !

Loading...
Janji Wajib Tunai, Jangan Bagi Alasan Belum Cukup 100 Hari ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Janji Wajib Tunai, Jangan Bagi Alasan Belum Cukup 100 Hari !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Janji Wajib Tunai, Jangan Bagi Alasan Belum Cukup 100 Hari !
link : Janji Wajib Tunai, Jangan Bagi Alasan Belum Cukup 100 Hari !

Baca juga


Janji Wajib Tunai, Jangan Bagi Alasan Belum Cukup 100 Hari !


BANGI – Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat membayangkan janji-janji manifesto 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sukar untuk bernafas.

Beliau berkata, PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya berjanji bak bintang di langit, tetapi setelah menang baru hendak mengkaji cara pelaksanaannya.

“Bila dah menang, janji sukar ditepati,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Masridzi berkata, beberapa isu seperti penangguhan bayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kos sara hidup tinggi, penghapusan tol masih gagal ditunaikan, sekaligus membuktikan kerajaan tidak berjaya

melaksanakan manifesto mereka.

“Cuma alasan mereka jangan komen dulu kerana belum cukup edah 100 hari,” katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah meminta rakyat bersabar dan memberi masa kepada kerajaan PH untuk mengotakan janji.

Presiden PPBM itu berkata, PH mengambil alih kerajaan dalam keadaan negara tidak sihat sehingga menyukarkan pelaksanaan manifesto mereka dalam tempoh 100 hari.

PH juga berjanji untuk membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke muka pengadilan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengulas lanjut Ustaz Masridzi berkata, kes Najib secara jelasnya bukan kes 1MDB. 

Katanya, PH sudah terperangkap apabila membuat tuduhan Najib mencuri duit rakyat melalui 1MDB. 

“Tapi tiada bukti, akhirnya mereka terpaksa mendakwa kes lain di bawah kuasa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bukannya kes 1MDB seperti yang disebarkan sebelum ini.

“Itu pun pendakwaraya minta tangguh. Dokumen tak siap tapi orangnya dah ditangkap dan dibawa ke mahkamah. PH macam dah terdesak kerana kena buktikan juga kepada rakyat. Kerana mereka tuduh dulu bukti tiada.

“Sama juga janji dulu pelaksanaannya lemah dan tiada,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan merujuk kepada timbalan pendakwa raya apabila kertas siasatan terhadap Najib lengkap untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, buat masa ini proses siasatan dalaman terhadap Najib masih diteruskan.

Beliau menjelaskan, per­tuduhan terhadap Ahli Parlimen Pekan di Mahkamah Kuala Lumpur  hanyalah melibatkan kes SPRM. #sumber


Demikianlah Artikel Janji Wajib Tunai, Jangan Bagi Alasan Belum Cukup 100 Hari !

Sekianlah artikel Janji Wajib Tunai, Jangan Bagi Alasan Belum Cukup 100 Hari ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Janji Wajib Tunai, Jangan Bagi Alasan Belum Cukup 100 Hari ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/janji-wajib-tunai-jangan-bagi-alasan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Janji Wajib Tunai, Jangan Bagi Alasan Belum Cukup 100 Hari !"

Catat Ulasan

Loading...