Loading...
Judul : Kontinjen Pahang Johan Keseluruhan Di PKBM Darat 2018 !
link : Kontinjen Pahang Johan Keseluruhan Di PKBM Darat 2018 !
Kontinjen Pahang Johan Keseluruhan Di PKBM Darat 2018 !
TEMERLOH - Kontinjen Pahang muncul johan keseluruhan perkhemahan tahunan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Darat 2018, menewaskan 12 pasukan yang lain.
Pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Karak Kamerul Haikal Iskandar Kamerulieza, 16, yang mewakili kontinjen Pahang juga dinobatkan penembak terbaik keseluruhan dengan mengumpul 82.1 mata.
Sementara itu, Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin pada ucapannya semasa merasmikan Penutupan PKBM menyifatkan perkhemahan itu adalah yang berbaik sepanjang ia diadakan iaitu berdasarkan aspek pengurusan yang sangat teratur dan sambutan menggalakkan daripada anggota kadet.
"Saya berasa kagum dengan semangat ditunjukkan anggota kadet dan saya dimaklumkan semangat yang ada dalam kalangan peserta kali ini amat tinggi," katanya dalam ucapan penutup PKBM yang disertai lebih 800 murid sekolah mewakili 13 kontinjen termasuk guru-guru dan jurulatih serta kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang selaku penganjur bersama.
Turut hadir pada majlis itu ialah Panglima 4 Briged Mekanise Brigedier Jeneral Datuk Md Din Abu, Pegawai Memerintah Batalion ke-7 Rejimen Renjer Diraja (Mekanize) Kem Batu 5 Leftenan Kolonel Hairil Razman Mohamad dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia Mohd Rashid Mean. #sumber
Demikianlah Artikel Kontinjen Pahang Johan Keseluruhan Di PKBM Darat 2018 !
Sekianlah artikel Kontinjen Pahang Johan Keseluruhan Di PKBM Darat 2018 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kontinjen Pahang Johan Keseluruhan Di PKBM Darat 2018 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/kontinjen-pahang-johan-keseluruhan-di.html

0 Response to "Kontinjen Pahang Johan Keseluruhan Di PKBM Darat 2018 !"
Catat Ulasan