Loading...

Hakim Baharu, Ganti Datuk Mohd Sofian Akan Dengar Kes Najib

Loading...
Hakim Baharu, Ganti Datuk Mohd Sofian Akan Dengar Kes Najib - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hakim Baharu, Ganti Datuk Mohd Sofian Akan Dengar Kes Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hakim Baharu, Ganti Datuk Mohd Sofian Akan Dengar Kes Najib
link : Hakim Baharu, Ganti Datuk Mohd Sofian Akan Dengar Kes Najib

Baca juga


Hakim Baharu, Ganti Datuk Mohd Sofian Akan Dengar Kes Najib


KUALA LUMPUR - Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta dijangka didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi baharu.

Sumber daripada mahkamah hari ini mengesahkan bahawa Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak yang sebelum ini mendengar kes Najib akan ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Sivil 10 bermula 1 Ogos ini.

"Ia adalah rutin biasa untuk seseorang Hakim ditukarkan ke mahkamah lain," kata sumber.

Sumber lain berkata pula surat pertukaran itu telah ditandatangani Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim awal minggu ini.

Difahamkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dari Mahkamah Tinggi Dagang 1 akan menggantikan tempat Hakim Mohd Sofian di Mahkamah Jenayah 3.

Usaha media untuk menemui Mohd Sofian gagal kerana hakim itu sedang mendengar perbicaraan kes.


Pada 4 Julai, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Sofian (foto) atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sebelum ini media melaporkan, Hakim Mohd Sofian perlu menarik diri daripada mendengar kes Najib atas alasan abang kepada Hakim Mohd Sofian mempunyai kedudukan dalam UMNO dan kerajaan Pahang.

Bagaimanapun pada 6 Julai lepas Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan media berkata pemilihan hakim Mohd Sofian untuk mendengar kes Najib dibuat secara rawak.

Kenyataan itu menyebut mulai 13 Jun 2017, pendaftaran kes jenayah di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah dilaksanakan secara dalam talian melalui Portal e-Filing Mahkamah (https://ift.tt/2wNjgpr).

Menurut kenyataan itu proses pendaftaran ini bermula apabila pihak Pendakwa Raya memfailkan kes mereka dalam sistem e-Filing dan sistem ini akan membahagikan kes secara rawak kepada hakim-hakim yang mengendalikan kes jenayah.

"Merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Dato' Sri Najib bin Haji Abd Razak yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018, pendaftaran dan pembahagian kes telah dibuat secara rawak oleh sistem kepada Mahkamah Tinggi 3, Bahagian Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi 3 ialah Hakim Mohd Sofian.

Kes Najib ditetapkan pada 8 Ogos untuk sebutan dan pendengaran perintah halangan yang dimohon oleh Anggota Parlimen Pekan untuk menghalang media daripada menyiarkan perbincangan umum berkaitan merit kes itu dan bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes itu. #sumber


Demikianlah Artikel Hakim Baharu, Ganti Datuk Mohd Sofian Akan Dengar Kes Najib

Sekianlah artikel Hakim Baharu, Ganti Datuk Mohd Sofian Akan Dengar Kes Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hakim Baharu, Ganti Datuk Mohd Sofian Akan Dengar Kes Najib dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/hakim-baharu-ganti-datuk-mohd-sofian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hakim Baharu, Ganti Datuk Mohd Sofian Akan Dengar Kes Najib"

Catat Ulasan

Loading...