Judul : Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) Minta Penyokong Skuad Tok Gajah Banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil
link : Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) Minta Penyokong Skuad Tok Gajah Banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil
Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) Minta Penyokong Skuad Tok Gajah Banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil
KUANTAN: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) meminta penyokong skuad Tok Gajah untuk membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil pada aksi final Piala Malaysia antara Sri Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT), 26 April depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC), Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, perubahan tarikh baharu final piala berprestij itu diharap membantu peminat untuk hadir memberikan sokongan.
"Perubahan tarikh baharu ini diharap melegakan peminat Tok Gajah yang sebelum ini (12 April) memerlukan mereka membuat perancangan Ketika masih dalam 'mood' raya.
"Tetapi apabila tarikh baharu diumumkan, kelab mengharapkan sokongan padu dapat diberikan kerana kali terakhir skuad Tok Gajah beraksi di pentas final piala berperestij ini pada tahun 2014," kata Suffian.
Berdasarkan rekod, pada tahun 2014 Sri Pahang bergelar juara selepas menewaskan JDT.
Sementara itu, Sri Pahang FC menerusi hantaran di Facebook rasmi memaklumkan tiket final bertarikh 12 April depan, yang dibeli penyokong skuad Tok Gajah kekal digunakan pada tarikh baharu 26 April nanti.
"Kepada penyokong yang berminat membuat pembelian tiket perlawanan akhir Piala Malaysia secara pukal, boleh berbuat demikian sebelum 11 April depan," kata SPFC menerusi hantaran itu. #BHARIAN
Demikianlah Artikel Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) Minta Penyokong Skuad Tok Gajah Banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil
Anda sekarang membaca artikel Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) Minta Penyokong Skuad Tok Gajah Banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/03/kelab-bolasepak-sri-pahang-spfc-minta.html

0 Response to "Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) Minta Penyokong Skuad Tok Gajah Banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil"
Catat Ulasan