Loading...

Sebanyak 3.14 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pahang Menjelang Aidilfitri Bermula 27 Mac Hingga 7 April

Loading...
Sebanyak 3.14 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pahang Menjelang Aidilfitri Bermula 27 Mac Hingga 7 April - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebanyak 3.14 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pahang Menjelang Aidilfitri Bermula 27 Mac Hingga 7 April, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebanyak 3.14 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pahang Menjelang Aidilfitri Bermula 27 Mac Hingga 7 April
link : Sebanyak 3.14 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pahang Menjelang Aidilfitri Bermula 27 Mac Hingga 7 April

Baca juga


Sebanyak 3.14 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pahang Menjelang Aidilfitri Bermula 27 Mac Hingga 7 April

KUANTAN: Sebanyak 3.14 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang menjelang perayaan Aidilfitri bermula 27 Mac hingga 7 April ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Datuk Razali Kassim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 2.24 juta kenderaan diramalkan daripada Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak manakala 903,000 pula kenderaan yang melalui Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

"Jumlah kenderaan pada perayaan Aidilfitri kali ini dijangka meningkat. Hari puncak bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah pada 5 April, hari Sabtu iaitu dijangkakan kira-kira 216,000 kenderaan sementara di LPT1 adalah pada keesokannya dengan anggaran sekitar 119,000 kenderaan.

"Jadi, saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk rancang perjalanan memandangkan Hari Raya Aidilfitri kemungkinan disambut Isnin. Mungkin boleh pulang awal ke kampung supaya dapat elak kesesakan jalan raya," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan dan Ops Siaga Raya Aidilfitri Tahun 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Razam Taja Rahim.

Razali berkata dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna di lebuh raya, kerajaan negeri sentiasa melakukan penyelenggaraan dan penambahbaikan termasuk yang terbaharu di Lingkaran Tengah Utama (LTU).

"Baru-baru ini, tular tentang jalan rosak di pakej 5C1 daerah Bentong, LTU yang melibatkan keperluan pembaikan sepanjang 400 meter. Alhamdulillah, JKR (Jabatan Kerja Raya) telah mengambil tindakan dan kerja pembaikan telah bermula hari ini dan dijangka siap pada Rabu ini.

"(Bagi kawasan gelap, lampu jalan) kita akan buat secara berperingkat berdasarkan peruntukan yang diluluskan. Biasanya, kalau kawasan tidak ada bekalan elektrik, kita akan pasang lampu solar," katanya. #ASTROAWANI



Demikianlah Artikel Sebanyak 3.14 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pahang Menjelang Aidilfitri Bermula 27 Mac Hingga 7 April

Sekianlah artikel Sebanyak 3.14 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pahang Menjelang Aidilfitri Bermula 27 Mac Hingga 7 April kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebanyak 3.14 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pahang Menjelang Aidilfitri Bermula 27 Mac Hingga 7 April dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/03/sebanyak-314-juta-kenderaan-dijangka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sebanyak 3.14 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Pahang Menjelang Aidilfitri Bermula 27 Mac Hingga 7 April"

Catat Ulasan

Loading...