Loading...

Lim Kit Siang Ingatkan Kerajaan Supaya Tidak Membalas Dendam !

Loading...
Lim Kit Siang Ingatkan Kerajaan Supaya Tidak Membalas Dendam ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Kit Siang Ingatkan Kerajaan Supaya Tidak Membalas Dendam !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Kit Siang Ingatkan Kerajaan Supaya Tidak Membalas Dendam !
link : Lim Kit Siang Ingatkan Kerajaan Supaya Tidak Membalas Dendam !

Baca juga


Lim Kit Siang Ingatkan Kerajaan Supaya Tidak Membalas Dendam !


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan diingatkan supaya tidak membalas dendam ketika melaksanakan tanggungjawab menyiasat semua skandal berkaitan institusi kerajaan kata tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, segala tindak tanduk kerajaan perlu adil dan tidak boleh menyamaratakan kesalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu terhadap pegawai-pegawai kanan kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Beliau membangkitkan perkara ini memandangkan wujudnya penindasan dan salah guna kuasa kerajaan terdahulu terhadap mereka yang tidak bersalah khususnya pembangkang yang kini telah membentuk kerajaan baru.

“Di samping kerajaan Pakatan Harapan perlu jalankan siasatan, menyingkirkan dan mengheret mereka yang didakwa bersalah ke muka pengadilan seperti dalam skandal 1MDB, Felda dan Tabung Haji – kita perlu berhati-hati.

“Jangan sampai dilihat membalas dendam terhadap semua orang – mungkin di kalangan mereka berada di persimpangan atas apa yang dilakukan kerajaan dahulu kepada institusi-institusi ini,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, tindakan membalas dendam umpama menggali ‘dua lubang kubur’ dan mengikut jejak langkah BN.

“Satu kepada mangsa, satu lagi ialah anda sendiri. Ini adalah peringatan supaya kita tidak membuka ruang untuk membalas dendam,” katanya.

Merujuk kepada pemecatan pegawai-pegawai kanan kerajaan dan GLC, Kit Siang berkata masih ramai di kalangan mereka yang menunjukkan prestasi yang baik, berintegriti dan jujur.

“Kita tidak boleh samaratakan semua kesalahan mereka.

“Kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh bertindak seperti kerajaan dahulu. Tidak boleh sama sekali,” katanya lagi. #sumber


Demikianlah Artikel Lim Kit Siang Ingatkan Kerajaan Supaya Tidak Membalas Dendam !

Sekianlah artikel Lim Kit Siang Ingatkan Kerajaan Supaya Tidak Membalas Dendam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lim Kit Siang Ingatkan Kerajaan Supaya Tidak Membalas Dendam ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/lim-kit-siang-ingatkan-kerajaan-supaya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lim Kit Siang Ingatkan Kerajaan Supaya Tidak Membalas Dendam !"

Catat Ulasan

Loading...