Loading...
Judul : Najib Razak Di Dakwa Atas Empat Pertuduhan Babitkan SRC Bernilai RM42 Juta
link : Najib Razak Di Dakwa Atas Empat Pertuduhan Babitkan SRC Bernilai RM42 Juta
Najib Razak Di Dakwa Atas Empat Pertuduhan Babitkan SRC Bernilai RM42 Juta
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu penyalahgunaan kuasa membabitkan SRC International Sdn. Bhd berjumlah RM42 juta.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas keempat-empat pertuduhan terhadap Najib, 65, dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.
Ini berikutan kes berkenaan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi sebentar lagi.
Mengikut pertuduhan pertama, Najib sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah menggunakan jawatan untuk suapan berjumlah RM42 juta apabila mengambil bahagian atau terbabit bagi pihak negara bagi memberikan jaminan kerajaan untuk pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn. Bhd.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 di pejabat Perdana Menteri Presint 1 Putrajaya.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh hukum Seksyen 24 akta sama.
Akta itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Pertuduhan kedua pula, beliau sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014.
Bagi kesalahan itu Najib didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan antara 24 Disember hingga 29 Disember 2014.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Pertuduhan keempat, Najib sebagai jawatan sama dalam kapasiti yang sama diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM10 juta ditempat sama antara 10 Februari hingga 2 Mac 2015.
Barisan pihak pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas dan 11 Timbalan Pendakwa Raya.
Mereka adalah Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria; Manoj Kurup; Datuk Suhaimi Ibrahim; Datuk Umar Saifuddin Jaafar; Datuk Ishak Mohd. Yusoff; Donald Joseph Franklin; Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi; Budiman Lutfi Mohamed; Sulaiman Kho Kheng Fuei; Mohd. Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.
Pasukan peguam bela Najib pula Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah; Harvinderjit Singh; Datuk Raj Krishnan; Farhan Read; Rahmat Hazlan; Muhamad Farhan Muhamad Shafee dan Syahirah Hanapiah.
Kosmo! Online semalam melaporkan, Najib ditahan oleh pegawai SPRM di rumahnya di Jalan Langgak Duta di sini pada pukul 2.35 petang berikutan kes bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), SRC International Sdn. Bhd.
SPRM mengesahkan penahanan itu bagi membantu siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion yang sedang disiasat agensi tersebut.
SRC International ialah satu daripada anak syarikat firma pelaburan milik penuh kerajaan sebelum diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Sebelum ini, Najib hadir memberi keterangan kepada SPRM selama dua hari berturut-turut pada 23 dan 24 Mei lalu.
Pasukan Petugas Khas 1MDB dianggotai oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull serta Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.
Pada 22 Mei lalu, Najib dipanggil kali pertama memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selama empat jam.
Najib kemudian dipanggil kali kedua memberi keterangan pada pada 24 Mei lalu selama tujuh jam di pejabat sama.
Pada 5 Jun lalu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, pula memberi keterangan selama tiga jam berhubung siasatan berkenaan di tempat sama, kira-kira pukul 3.45 petang. #sumber
Demikianlah Artikel Najib Razak Di Dakwa Atas Empat Pertuduhan Babitkan SRC Bernilai RM42 Juta
Sekianlah artikel Najib Razak Di Dakwa Atas Empat Pertuduhan Babitkan SRC Bernilai RM42 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib Razak Di Dakwa Atas Empat Pertuduhan Babitkan SRC Bernilai RM42 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/najib-razak-di-dakwa-atas-empat.html
0 Response to "Najib Razak Di Dakwa Atas Empat Pertuduhan Babitkan SRC Bernilai RM42 Juta"
Catat Ulasan