Pengumuman tersebut dibuat Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga pengarah jentera pilihan raya pada Sidang Akhbar PRK DUN Sungai Kandis berkenaan di sini sebentar tadi.
Turut hadir Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.
Mohamad dalam ucapannya berkata, setelah dipertimbangkan dan diberi penelitian terhadap senarai nama yang diberi, kepimpinan pusat dan bahagian Kota Raja telah sepakat memilih Lokman Noor sebagai calon BN pada PRK DUN Sungai Kandis.
"Datuk Lokman, calon orang muda yang telah lama berkecimpung dalam politik dan kita yakin dapat memberi tentangan kepada calon parti di sebelah sana.
"Pemilihannya juga adalah disebabkan keupayaannya sebagai aktivitis masyarakat dan lantang dalam mempersoalkan isu-isu dan janji Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 sebelum ini," katanya. #sumber