Loading...

M Kulasegaran Nafi Keluarkan Kenyataan Melayu Pendatang !

Loading...
M Kulasegaran Nafi Keluarkan Kenyataan Melayu Pendatang ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul M Kulasegaran Nafi Keluarkan Kenyataan Melayu Pendatang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : M Kulasegaran Nafi Keluarkan Kenyataan Melayu Pendatang !
link : M Kulasegaran Nafi Keluarkan Kenyataan Melayu Pendatang !

Baca juga


M Kulasegaran Nafi Keluarkan Kenyataan Melayu Pendatang !


SHAH ALAM - Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menyangkal dakwaan mengatakan beliau mengeluarkan kenyataan kononnya orang Melayu adalah pendatang di negara ini, dan kaum India merupakan penduduk asal.

Katanya, ia merupakan fitnah dan pembohongan kerana ia telah diputar belit tanpa latar atau konteks yang sebenar.

Menurutnya, dalam satu majlis, beliau menjelaskan bahawa orang India telah berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu dan agama Hindu dibawa oleh kaum tersebut.

“Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu di Kedah telah membuktikan hal ini. Sehubungan itu, saya berpendapat tidak adil jika kaum India digelar sebagai pendatang, berdasarkan faktor-faktor sejarah itu.

“Saya tidak menyebut sama sekali tentang orang Melayu. Sudah tentu tuduhan kononnya saya mengatakan orang Melayu adalah pendatang merupakan fitnah dan pembohongan semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebuah akhbar harian tempatan melaporkan, Kulasegaran mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.

Beliau juga mendakwa, semua bukti mengenai kedatangan agama Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan banyak kuil telah ditemui di sana.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan rakaman video yang dimuat naik dalam YouTube baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, agama Hindu merupakan agama awal yang dianuti penduduk tempatan di Tanah Melayu dan Nusantara.

“Ia kemudiannya berkembang kepada ajaran Buddha dan sehinggalah Islam dibawa ke rantau ini serta menjadi popular pada abad ke15.

“Transmigrasi pula merupakan proses natural yang berlaku di seluruh dunia. Pelbagai kaum saling berhijrah ke merata dunia mengikut keperluan dan suasana semasa. Begitu juga dengan Tanah Melayu, Malaysia, India, China dan banyak lagi. Ini fakta sejarah,” katanya.

Justeru beliau menekankan agar sejarah diajar dengan fakta yang benar, tepat dan lengkap.

“Ini penting agar setiap warga Malaysia tahu sejarah kita sendiri,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel M Kulasegaran Nafi Keluarkan Kenyataan Melayu Pendatang !

Sekianlah artikel M Kulasegaran Nafi Keluarkan Kenyataan Melayu Pendatang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel M Kulasegaran Nafi Keluarkan Kenyataan Melayu Pendatang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/m-kulasegaran-nafi-keluarkan-kenyataan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "M Kulasegaran Nafi Keluarkan Kenyataan Melayu Pendatang !"

Catat Ulasan

Loading...