Loading...
Judul : Shahril: Lebih Banyak Masa Di Perlukan Untuk PH Hapuskan Tol
link : Shahril: Lebih Banyak Masa Di Perlukan Untuk PH Hapuskan Tol
Shahril: Lebih Banyak Masa Di Perlukan Untuk PH Hapuskan Tol
Beliau berkata, kerajaan mempunyai keutamaan lain dari segi keperluan monetari yang perlu ditangani buat masa ini.
Lagipun, katanya, penghapusan tol melibatkan proses yang rumit dan pelbagai pihak.
"Kami telah memberikan beberapa cadangan dan idea (kepada kerajaan) tetapi sebarang penyusunan semula tol adalah satu mainan campur tolak di mana seseorang perlu membuat pembayaran tidak kira sama ada ia menyediakan atau tidak keseimbangan antara pengguna dan pemegang konsesi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama di Forum Ekonomi dan Kepimpinan 2018 di sini hari ini.
Shahril berkata, penyusunan semula tol sangat rumit kerana kepentingan semua pihak perlu diambil kira.
"Saya fikir kerajaan juga mahu berlaku adil kerana penghapusan tol dan pampasan kepada pemegang konsesi akan memindahkan beban kepada pembayar cukai dan saya rasa (berlaku adil) adalah keutamaan kerajaan,” jelasnya.
KWSP memilliki 49 peratus pegangan dalam pengendali lebuh raya bertol PLUS Malaysia Bhd. manakala unit Khazanah Nasional Bhd., UEM Group Bhd. memiliki ekuiti selebihnya.
Beliau juga berkata, pelabur Malaysia perlu mempunyai keyakinan terhadap pasaran dan kerajaan, menyedari hal ini tidak mahu melakukan apa-apa yang boleh menjejaskannya.
Sementara itu, semasa sesi soal jawab, Shahril berkata, ekonomi Malaysia dijangka tidak menentu tahun ini sekurang-kurangnya sehingga Oktober depan.
"Sentimen pelabur asing kekal tidak memasuki pasaran kerana mereka masih berhati-hati dengan keadaan semasa negara dari segi dasar ekonomi," katanya.
“Bagi jangka masa pendek akan ada banyak ketidaktentuan kerana kerajaan masih belum menetapkan dasar pelaburan atau pemacu pasaran yang mereka mahu laksanakan.
"Saya jangka keadaan ekonomi tidak menentu itu akan kekal sehingga pembentangan belanjawan akan datang,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Shahril: Lebih Banyak Masa Di Perlukan Untuk PH Hapuskan Tol
Sekianlah artikel Shahril: Lebih Banyak Masa Di Perlukan Untuk PH Hapuskan Tol kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Shahril: Lebih Banyak Masa Di Perlukan Untuk PH Hapuskan Tol dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/shahril-lebih-banyak-masa-di-perlukan.html
0 Response to "Shahril: Lebih Banyak Masa Di Perlukan Untuk PH Hapuskan Tol"
Catat Ulasan