Loading...

Nazifuddin: Ayah Sanggup Derita, Jika Itu Bahagiakan Rakyat !

Loading...
Nazifuddin: Ayah Sanggup Derita, Jika Itu Bahagiakan Rakyat ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazifuddin: Ayah Sanggup Derita, Jika Itu Bahagiakan Rakyat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazifuddin: Ayah Sanggup Derita, Jika Itu Bahagiakan Rakyat !
link : Nazifuddin: Ayah Sanggup Derita, Jika Itu Bahagiakan Rakyat !

Baca juga


Nazifuddin: Ayah Sanggup Derita, Jika Itu Bahagiakan Rakyat !


KUALA LUMPUR: Anak Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin menyifatkan bapanya sanggup menghadapi penderitaan akibat pertuduhan pecah amanah dan rasuah terhadapnya jika itu membahagiakan rakyat Malaysia.

"Sekiranya penderitaan seorang bekas pemimpin yang telah dituduh itu dapat membahagiakan rakyat Malaysia yang dikasihi, maka beliau sanggup menghadapi penderitaan itu.

"Dia adalah ayah saya, dan saya tahu orang Malaysia mengenali beliau jenis orang yang macam mana. Jika selama 42 tahun beliau berkhidmat dalam kerajaan sebagai seorang penjahat, atau niatnya untuk mencuri wang rakyat semata-mata, saya tidak fikir beliau dapat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun-tahun yang lalu," katanya menerusi Facebooknya malam tadi.

Dalam tulisannya itu, Nazifuddin mendakwa 'Malaysia Baharu' hari ini tidak jauh berbeza dengan Malaysia lama hampir 30 tahun yang lalu.

Ini kerana, katanya pendakwaan secara berat sebelah yang berlaku hari ini sama dengan dahulu, cuma individu sahaja yang berbeza dan kebetulan Perdana Menteri masih sama.

"Saya ingin menyuarakan hakikat ini, kami sebagai sebuah negara yang melaungkan demokrasi sememangnya tidak matang dari segi politik, masih mengamalkan politik 'feudal' yang penuh dengan dendam.

"Serbuan polis yang terancang, dilihat bersama 'black maria' di mana mereka datang beramai-ramai hanya untuk menyerang rumah mantan PM (Perdana Menteri), pada waktu sahur di bulan Ramadan lagi.

"Sementara itu, persidangan akhbar yang dibuat, tidak putus-putus semata-mata untuk menimbulkan lagi kemarahan orang ramai. Bukankah ia prosedur am untuk tidak berkongsi butiran ketika siasatan sedang dijalankan. Atau adakah ia dibuat semata-mata untuk mengaibkan lagi ayah saya?," soalnya.

Beliau turut mempertikaikan secara logik tuduhan pecah amanah dan menyalahguna jawatan berjumlah RM42 juta terhadap seorang Perdana Menteri.

"Sementara peguam sedang sibuk bincangkan nilai ikat jamin, saya terfikir, logikkah jika seorang Perdana Menteri Malaysia boleh dibeli dengan hanya 42 juta Ringgit Malaysia? Sekadar itu sahajakah nilai integritinya?," katanya.

Nazifuddin berkata, jika setiap kes pecah amanah, salahguna kuasa mahupun rasuah boleh dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri, maka bapanya dan semua bekas Perdana Menteri haruslah bertanggungjawab terhadap semua kerugian yang dialami sepanjang kepemimpinan mereka.

"DSNR (Najib) dikenakan denda hari ini oleh seorang Peguam Negara yang dilantik oleh kerajaan baharu meskipun ia mendapat tentangan dari banyak pihak. Ini jelas menunjukkan keadaan politik semasa yang berpaksikan dendam semata-mata.

"Sudah jelas kepada saya bahawa tunjang manifesto pembangkang sewaktu PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) adalah untuk membawa Perdana Menteri yang dituduhnya korup ke muka pengadilan di mahkamah.

"Inilah yang mereka janjikan, dalam apa jua cara sekalipun, mereka mesti tunaikan janji mereka secepat mungkin. Dalam hidup ini, saya mempunyai cuma seorang bapa dan seorang ibu, tanpa mereka, tak wujudlah saya.

"Walau apapun terjadi selepas ini, saya akan tetap setia bersama mereka. Saya akan terus berikan sokongan penuh saya kepada DSNR kerana dia tetap ayah saya, dan dia pernah menjadi seorang pemimpin Malaysia tercinta," katanya.

Nazifuddin turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada rakan dan penyokong yang memberikan kepercayaan dan sokongan bagi membantu keluarganya mengharungi dugaan itu.

Mengakui sukar baginya berkongsi perasaan dengan rakyat Malaysia, beliau berkata, luahan itu bukan untuk meraih simpati, sebaliknya demi menyatakan kebenaran untuk difahami semua pihak.

Kelmarin, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini atas empat pertuduhan, melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd. #sumber


Demikianlah Artikel Nazifuddin: Ayah Sanggup Derita, Jika Itu Bahagiakan Rakyat !

Sekianlah artikel Nazifuddin: Ayah Sanggup Derita, Jika Itu Bahagiakan Rakyat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazifuddin: Ayah Sanggup Derita, Jika Itu Bahagiakan Rakyat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/nazifuddin-ayah-sanggup-derita-jika-itu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nazifuddin: Ayah Sanggup Derita, Jika Itu Bahagiakan Rakyat !"

Catat Ulasan

Loading...