Loading...

Tidak Boleh Campur, Nasib Najib Di Tentukan Undang-Undang !

Loading...
Tidak Boleh Campur, Nasib Najib Di Tentukan Undang-Undang ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak Boleh Campur, Nasib Najib Di Tentukan Undang-Undang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak Boleh Campur, Nasib Najib Di Tentukan Undang-Undang !
link : Tidak Boleh Campur, Nasib Najib Di Tentukan Undang-Undang !

Baca juga


Tidak Boleh Campur, Nasib Najib Di Tentukan Undang-Undang !


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak boleh mencampuri pendakwaan dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pecah amanah dan rasuah.
Beliau berkata, antara janji manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu adalah kerajaan akan menghormati dan memastikan wujud pengasingan kuasa antara badan perundangan, kehakiman dan eksekutif.
Susulan itu, katanya, biar undang-undang yang menentukan sama ada Najib bersalah atau tidak bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
"Undang-undang yang akan menentukan (sama ada Najib bersalah atau tidak) dan jika Peguam Negara mendapati wujud bukti mencukupi terhadap tindakan jenayah, maka Peguam Negara yang akan membuat keputusan," katanya pada sesi temu bual bersama 'Talk to Al Jazeera'.
Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.
Najib, 65, yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membuat pengakuan itu sejurus empat pertuduhan terbabit diulangi terhadapnya untuk direkodkan pengakuan dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, pada jam 10.30 pagi.
Dakwaan itu berkait dengan dana didakwa dipindahkan daripada bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International ke akaun peribadi Najib.
Pada 2015, dilaporkan AS$4 bilion hilang daripada dana 1MDB dan hampir AS$700 juta didakwa dipindahkan ke akaun Najib.
Bagaimanapun, Najib dilapor menafikan dakwaan itu dan menyatakan wang itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi yang kemudiannya dipulangkan semula.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau kecewa kerana individu dikaitkan itu tidak menafikan pembabitan mereka dalam kes berkenaan, namun sehingga kini, tiada bukti terhadap peranan negara berkenaan.
"Jadi, kita tidak boleh menuduh Arab Saudi, kecuali sudah tentu ada bukti Arab Saudi cuba mencampuri politik Malaysia," katanya.
Kerajaan pimpinan Dr Mahathir membuka semula siasatan dengan menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengendalikan dakwaan berkenaan.
Setakat ini, polis menyoal siasat beberapa ahli politik dan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta anak tirinya, Riza Aziz.
Pihak berkuasa Malaysia juga membekukan beratus akaun bank dipercayai ada kaitan dengan 1MBD. #sumber


Demikianlah Artikel Tidak Boleh Campur, Nasib Najib Di Tentukan Undang-Undang !

Sekianlah artikel Tidak Boleh Campur, Nasib Najib Di Tentukan Undang-Undang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak Boleh Campur, Nasib Najib Di Tentukan Undang-Undang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/tidak-boleh-campur-nasib-najib-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tidak Boleh Campur, Nasib Najib Di Tentukan Undang-Undang !"

Catat Ulasan

Loading...