Loading...

"Pegawai Akhbar" Syed Saddiq, Numan Afifi Letakkan Jawatan

Loading...
"Pegawai Akhbar" Syed Saddiq, Numan Afifi Letakkan Jawatan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Pegawai Akhbar" Syed Saddiq, Numan Afifi Letakkan Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Pegawai Akhbar" Syed Saddiq, Numan Afifi Letakkan Jawatan
link : "Pegawai Akhbar" Syed Saddiq, Numan Afifi Letakkan Jawatan

Baca juga


"Pegawai Akhbar" Syed Saddiq, Numan Afifi Letakkan Jawatan


KUALA LUMPUR - 'Pegawai akhbar' sementara Menteri Belia dan Sukan, Numan Afifi mengambil keputusan meletak jawatan selepas dikecam akibat beberapa isu kontroversi sebelum ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, Numan menyifatkan kecaman dan ancaman yang hebat oleh agen propaganda pembangkang telah menyebabkan mustahil untuknya menjalankan amanah yang diberi.

Menurutnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga telah menerima keputusan peletakan jawatannya itu dan bertegas menolak sebarang bentuk diskriminasi selain mengharapkan polemik sedia ada tidak dipanjangkan.

“Saya akan ke luar negara dalam masa terdekat untuk menentukan apa hala tuju saya selepas ini.

“Saya berhasrat untuk mengulang dan menegaskan kenyataan YB Menteri bahawa setakat ini belum ada sebarang pelantikan rasmi di Pejabat Menteri.

“Menjawab mengenai isu beberapa nama yang tertera di laman web rasmi Kementerian, saya dimaklumkan terdapat unsur-unsur sabotaj dan siasatan dalam sedang dijalankan,” katanya.

Pada masa sama, Numan berharap hidup bermasyarakat di Malaysia yang meraikan kepelbagaian tanpa prejudis dapat diamalkan dan menghargai segala sokongan yang diberikan kepadanya.

Numan merupakan pentadbir bagi kumpulan WhatsApp untuk menyelaraskan jadual kerja Syed Saddiq dan pihak media selepas anggota parlimen Muar itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Beliau juga sebelum ini memperkenalkan diri sebagai “Pegawai Akhbar” kepada menteri muda berkenaan.

Bagaimanapun pelantikan itu mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang mendakwa Numan memperjuangkan hak ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual’ (LGBT) justeru tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan kementerian berkenaan. #sumber


Demikianlah Artikel "Pegawai Akhbar" Syed Saddiq, Numan Afifi Letakkan Jawatan

Sekianlah artikel "Pegawai Akhbar" Syed Saddiq, Numan Afifi Letakkan Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Pegawai Akhbar" Syed Saddiq, Numan Afifi Letakkan Jawatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pegawai-akhbar-syed-saddiq-numan-afifi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to ""Pegawai Akhbar" Syed Saddiq, Numan Afifi Letakkan Jawatan"

Catat Ulasan

Loading...