Loading...

Masa Bagi Eksekutif Utama GLC Bergaji Besar Sudah Berakhir

Loading...
Masa Bagi Eksekutif Utama GLC Bergaji Besar Sudah Berakhir - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masa Bagi Eksekutif Utama GLC Bergaji Besar Sudah Berakhir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masa Bagi Eksekutif Utama GLC Bergaji Besar Sudah Berakhir
link : Masa Bagi Eksekutif Utama GLC Bergaji Besar Sudah Berakhir

Baca juga


Masa Bagi Eksekutif Utama GLC Bergaji Besar Sudah Berakhir


KUALA LUMPUR -  Masa untuk eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibayar gaji yang besar tanpa mengira prestasi syarikat kini sudah berakhir, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sambil memberikan rasional disebalik langkah itu, beliau berkata, pada masa lalu, kerajaan mudah menempatkan penyokongnya di GLC dan eksekutif terbabit diberikan gaji yang tinggi.


"Terdapat ramai bukan profesional yang tidak mengetahui selok-belok perniagaan namun memegang jawatan tinggi dalam GLC dan sudah pasti ini tidak memenuhi tujuan sebenar.

"GLC akhirnya rugi namun gaji eksekutif ini sangat tinggi dan mereka menikmatinya tanpa mengambil kira sama ada syarikat itu membuat keuntungan atau tidak," katanya dalam temu bual dengan Investine, portal berita perniagaan Hong Kong yang membuat laporan untuk Asia Tenggara.

Perdana menteri berkata, kerajaan Pakatan Harapan kini mahu meletakkan profesional di GLC dan mereka tidak dibayar gaji yang terlalu tinggi.

"Gaji mungkin sedikit lebih tinggi daripada kakitangan dalam sektor perkhidmatan awam namun jika prestasi mereka baik, kami akan membayar mereka bonus. Jika tidak, mereka tidak akan menerima pendapatan yang tinggi seperti sekarang dan kami akan mengubah pengurusan supaya profesional sahaja dilantik," kata Mahathir.

Beliau berkata, ini tidak mengambil kira sama ada 'mereka orang parti atau tidak' namun yang penting mereka mestilah profesional yang sesuai dengan perniagaan syarikat itu.

Dalam temu bual oleh Pengarah Investvine, Imran Saddique dan wartawan Firoz Abdul Hamid, Dr Mahathir menerangkan secara terperinci mengenai konsep GLC dan Khazanah Nasional Bhd, dana pelaburan strategik kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 1990 ketika beliau menjadi Perdana Menteri buat kali pertama.

Beliau berkata, idea tercetus akibat ketidakmampuan orang Melayu mengekalkan saham yang mereka peroleh menerusi tindakan afirmatif kerajaan.

"Apabila mereka memperoleh saham, mereka menjualnya dan balik ke asalnya tanpa memiliki saham. Tindakan ini perkayakan orang lain.

"Oleh itu, kami berpendapat bahawa daripada memberikan secara langsung kepada Bumiputera, kami mewujudkan satu badan yang boleh memegang saham sehingga satu masa mereka berkeupayaan untuk mengekalkan saham-saham terbabit.

"Inilah niat asal, namun Khazanah memutuskan untuk memperoleh semua saham itu sendiri dan andai saham tersebut menarik, mengapa tidak memperoleh saham semasa penyenaraian ketika harganya sangat rendah.

"Dan mereka lupa sepenuhnya bahawa mereka memegang saham itu untuk Bumiputera," katanya.

Sebaliknya, Khazanah memutuskan bahawa mereka harus memiliki saham itu selama-lamanya sebagai sebahagian daripada syarikat yang dimiliki oleh kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan ketika itu tidak lagi memenuhi matlamat asal penubuhan Khazanah.

Untuk masa depan, kerajaan kini perlu meneliti sejumlah besar syarikat yang melibatkan saham Khazanah dan mengkategorikannya sama ada menguntungkan, mungkin menguntungkan dan yang mungkin rugi.

"Kami perlu memikirkan mengenai kemungkinan menutup beberapa syarikat ini untuk mengurangkan jumlah keseluruhan, dan pada tahap tertentu kembali ke matlamat asal pemegangan saham yang diperuntukkan kepada Bumiputera sehingga tiba masa mereka boleh membelinya," kata Mahathir. #sumber


Demikianlah Artikel Masa Bagi Eksekutif Utama GLC Bergaji Besar Sudah Berakhir

Sekianlah artikel Masa Bagi Eksekutif Utama GLC Bergaji Besar Sudah Berakhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masa Bagi Eksekutif Utama GLC Bergaji Besar Sudah Berakhir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/masa-bagi-eksekutif-utama-glc-bergaji.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Masa Bagi Eksekutif Utama GLC Bergaji Besar Sudah Berakhir"

Catat Ulasan

Loading...