Loading...

Liga Juara-Juara (ACL), TMJ Minta FAM Kaji Hukuman Pahang

Loading...
Liga Juara-Juara (ACL), TMJ Minta FAM Kaji Hukuman Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Liga Juara-Juara (ACL), TMJ Minta FAM Kaji Hukuman Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Liga Juara-Juara (ACL), TMJ Minta FAM Kaji Hukuman Pahang
link : Liga Juara-Juara (ACL), TMJ Minta FAM Kaji Hukuman Pahang

Baca juga


Liga Juara-Juara (ACL), TMJ Minta FAM Kaji Hukuman Pahang


KUALA LUMPUR: Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji semula hukuman tidak membenarkan Pahang memohon lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Ia susulan skuad bimbingan Dollah Salleh itu muncul juara Piala FA, sekali gus melayakkan mereka beraksi di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara (ACL) musim depan.

Pasukan yang menerima jolokan Tok Gajah itu bagaimanapun tidak boleh mewakili negara ke kejohanan tertinggi Asia itu sekiranya tidak mendapat lesen AFC.

Menerusi kenyataan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), semalam, peluang untuk Pahang beraksi di ACL tampak lebih cerah, namun tetap bergantung kepada keputusan FAM.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang atas kejayaan menjuarai Piala FA 2018 (selepas) menewaskan Selangor.

"Lazimnya dengan kejayaan itu, Pahang layak untuk mewakili negara di peringkat Asia iaitu pusingan kelayakan ACL pada tahun depan.

"Oleh itu, demi semangat kesukanan, saya berharap FAM mengkaji semula hukuman yang dikenakan terhadap Pahang sebelum ini," kata TMJ dalam satu kenyataan menerusi akaun rasmi Facebook pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu, Johor Southern Tigers, semalam.

Sebelum ini, FAM menawarkan tempat untuk Pahang beraksi di Piala AFC sebagai pengganti juara Piala FA musim lalu, Kedah yang gagal mendapatkan lesen AFC.

Tindakan Pahang menolak tawaran itu menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi pasukan tunggal dari Malaysia yang beraksi di Piala AFC. 

Susulan daripada itu, Pahang dikenakan hukuman tidak boleh memohon lesen AFC selama dua tahun oleh FAM. #sumber


Demikianlah Artikel Liga Juara-Juara (ACL), TMJ Minta FAM Kaji Hukuman Pahang

Sekianlah artikel Liga Juara-Juara (ACL), TMJ Minta FAM Kaji Hukuman Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Liga Juara-Juara (ACL), TMJ Minta FAM Kaji Hukuman Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/liga-juara-juara-acl-tmj-minta-fam-kaji.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Liga Juara-Juara (ACL), TMJ Minta FAM Kaji Hukuman Pahang"

Catat Ulasan

Loading...