Loading...

Pemimpin UMNO Yang "Di Siasat" SPRM Di Minta Letakkan Jawatan !

Loading...
Pemimpin UMNO Yang "Di Siasat" SPRM Di Minta Letakkan Jawatan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin UMNO Yang "Di Siasat" SPRM Di Minta Letakkan Jawatan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin UMNO Yang "Di Siasat" SPRM Di Minta Letakkan Jawatan !
link : Pemimpin UMNO Yang "Di Siasat" SPRM Di Minta Letakkan Jawatan !

Baca juga


Pemimpin UMNO Yang "Di Siasat" SPRM Di Minta Letakkan Jawatan !


KUANTAN: Kepemimpinan UMNO dipilih semalam yang terpalit dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta meletak jawatan.

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, berkata presiden parti hingga ketua bahagian yang disiasat suruhanjaya itu harus melepaskan jawatan masing-masing.

"Pemimpin UMNO yang dipilih semalam sama ada daripada presiden hingga ketua bahagian yang tahu dirinya dalam siasatan SPRM, sila lepaskan jawatan. Anda hanya menambah imej buruk, membawa kebencian orang Melayu pada UMNO.

"Kita tidak perlukan kepemimpinan anda (untuk menerajui UMNO)," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp kepada NSTP, di sini, hari ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam dipilih sebagai Presiden UMNO kelapan selepas menewaskan dua lagi pencabarnya iaitu Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Sementara jawatan Timbalan Presiden UMNO dimenangi Datuk Seri Mohamad Hasan yang menewaskan Tan Sri Annuar Musa.

Ahmad Tajuddin secara sinis, menyatakan barisan kepemimpinan yang dipilih semalam ibarat 'barisan ke penjara' dan boleh menghancurkan UMNO.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pemimpin terpalit dengan siasatan SPRM yang berada dalam barisan kepemimpinan UMNO hari ini.

"Sudah separuh nyawa (masih) nak main wayang lagi...baik bubar sahaja. Ahli UMNO bukan Hang Nadim pelindung jenayah pemimpin," katanya.

Katanya, beliau tidak gentar dikenakan tindakan tata tertib oleh pucuk pimpinan hanya kerana menyatakan pendapat dan kebenaran.

Ahmad Tajuddin dipilih semula menerajui UMNO Bahagian Paya Besar dalam pemilihan parti berkenaan semalam selepas memperoleh 311 undi menewaskan pencabarnya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah yang memperoleh 190 undi.

Ahmad Tajuddin pernah menjawat jawatan itu pada 2000 sebelum tewas kepada Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail pada pemilihan UMNO 2013. #sumber


Demikianlah Artikel Pemimpin UMNO Yang "Di Siasat" SPRM Di Minta Letakkan Jawatan !

Sekianlah artikel Pemimpin UMNO Yang "Di Siasat" SPRM Di Minta Letakkan Jawatan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin UMNO Yang "Di Siasat" SPRM Di Minta Letakkan Jawatan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pemimpin-umno-yang-di-siasat-sprm-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemimpin UMNO Yang "Di Siasat" SPRM Di Minta Letakkan Jawatan !"

Catat Ulasan

Loading...