Loading...
Judul : SPRM Panggil Zahid,Untuk Bantu Siasatan Dua Kes Yang Berasingan
link : SPRM Panggil Zahid,Untuk Bantu Siasatan Dua Kes Yang Berasingan
SPRM Panggil Zahid,Untuk Bantu Siasatan Dua Kes Yang Berasingan
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil untuk membantu siasatan agensi anti-rasuah itu membabitkan dua kes berasingan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM menghubungi bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 27 Jun lalu untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM esok.
“SPRM meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi esok untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut laporan media, pegawai SPRM dijangka mengambil keterangan Zahid berhubung dakwaan perjumpaannya dengan seorang kerabat diraja Arab Saudi yang dikatakan menderma wang kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Terdahulu, Zahid mengesahkan SPRM memanggilnya untuk memberi keterangan esok berhubung penyelewengan dana sebuah yayasan milik ahli keluarganya.
Katanya, dana yayasan itu adalah sumbangan beliau sendiri dan beberapa rakan untuk tujuan kebajikan.
Semalam, Sinar Harian melaporkan siasatan SPRM sejak awal tahun ini mendapati seorang pemimpin tertinggi Umno disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan itu untuk membayar bil kad kredit miliknya dan isteri sejak 2014 hingga 2016.
Difahamkan, Zahid ialah pengerusi yayasan itu dan rekod menunjukkan ia ditubuhkan pada 1977 dengan matlamat menerima serta menguruskan dana bagi membasmi kemiskinan.
Hari ini, Jabatan Imigresen mengesahkan Zahid tidak dilarang keluar negara kerana tiada arahan daripada SPRM untuk berbuat demikian. #sumber
Demikianlah Artikel SPRM Panggil Zahid,Untuk Bantu Siasatan Dua Kes Yang Berasingan
Sekianlah artikel SPRM Panggil Zahid,Untuk Bantu Siasatan Dua Kes Yang Berasingan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM Panggil Zahid,Untuk Bantu Siasatan Dua Kes Yang Berasingan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/sprm-panggil-zahiduntuk-bantu-siasatan.html
0 Response to "SPRM Panggil Zahid,Untuk Bantu Siasatan Dua Kes Yang Berasingan"
Catat Ulasan