Loading...
Judul : Pengkaji Sejarah Bantah, Gesa Hentikan Perlombongan Bauksit
link : Pengkaji Sejarah Bantah, Gesa Hentikan Perlombongan Bauksit
Pengkaji Sejarah Bantah, Gesa Hentikan Perlombongan Bauksit
BATU PAHAT: Pengkaji sejarah memohon campur tangan pihak berkuasa supaya bertindak tegas untuk menghentikan segera kegiatan perlombongan bauksit di Pagoh dan daerah itu yang masih aktif walaupun sudah seminggu akhbar ini mendedahkan isu itu.
Pengkaji sejarah, Mohd Azlan Mohd Sharif (foto) berkata, pihaknya kecewa kerana pendedahan itu masih gagal menghalang kegiatan pengusaha bauksit yang kini dipercayai cuba mengabui pihak berkuasa dengan melakukan kerja pemindahan, pencucian dan penghantaran bauksit melalui jalan darat dan laut pada waktu malam.
Beliau berkata, pihaknya hampa kerana aktiviti itu akan menjejaskan harapan untuk mewartakan Rumah Api Pulau Sialu 1894, Balai Polis Minyak Beku 1893 dan Tapak Arkeologi Bawah Air Perairan Minyak Beku sebagai tapak warisan dan sejarah negara.
"Sudah seminggu laporan berita mengenai isu bauksit ini dipaparkan tetapi pengusaha cuba mengabui pihak berkuasa apabila tidak melakukan aktiviti pemindahan bauksit di siang hari.
"Sepatutnya lori berkenaan membawa bauksit dari Renchong, Muar ke pusat mencuci bauksit di Kampung Tanah Merah di Jalan Pagoh-Parit Sulong sebelum dipindahkan ke jeti persendirian di Minyak Beku untuk ditunda dengan ponto ke kapal pengangkut bauksit menuju China.
"Difahamkan pihak berkuasa berkaitan jalan raya sudah melakukan operasi hingga lewat malam tetapi lori berkenaan tidak kelihatan namun yang anehnya saya sendiri melihat aktiviti mengorek tanah di ladang kelapa sawit masih dilakukan hingga hari ini," katanya ketika hadir ke pejabat NSTP di sini hari ini.
Menurutnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menjadikan peristiwa pencemaran bauksit di Kuantan, Pahang sebagai contoh dengan mengambil tindakan wajar sebelum memberi kesan lebih teruk terhadap alam sekitar dan manusia.
"Sepatutnya sudah ada kertas putih mengenai pencemaran bauksit di Kuantan dibentangkan termasuk langkah perlu diambil pihak berkuasa tempatan bagi menangani isu bauksit ini.
"Batu Pahat adalah kawasan penting apabila kerajaan Portugis merakamkannya sebagai Rio Formoso (Sungai Batu Pahat) dan pada 1511 menjadi pangkalan armada laut bagi Melaka.
Aktiviti perlombongan bauksit akan menjejaskan harapan untuk menggazetkan Rumah Api Pulau Sialu 1894, Balai Polis Minyak Beku 1893 dan Tapak Arkeologi Bawah Air Perairan Minyak Beku di Batu Pahat Johor sebagai sebagai tapak warisan dan sejarah negara. - Foto Essa Abu Yamin
"Perang Laut Banang pada 1613 juga tercetus di sini serta kewujudannya turut dicatatkan dalam Ringkasan Tawarikh Orang-orang Kaya dan Penghulu Batu Pahat 1955," katanya.
Pada 5 Julai lalu, akhbar ini melaporkan penduduk Minyak Beku, dekat sini, mengeluh kehidupan harian mereka terjejas dengan pencemaran bauksit berikutan kawasan itu didakwa dijadikan pusat pengumpulan dan pengagihan bahan berkenaan sejak kira-kira dua bulan lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Pengkaji Sejarah Bantah, Gesa Hentikan Perlombongan Bauksit
Sekianlah artikel Pengkaji Sejarah Bantah, Gesa Hentikan Perlombongan Bauksit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengkaji Sejarah Bantah, Gesa Hentikan Perlombongan Bauksit dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pengkaji-sejarah-bantah-gesa-hentikan.html
0 Response to "Pengkaji Sejarah Bantah, Gesa Hentikan Perlombongan Bauksit"
Catat Ulasan