Loading...
Judul : Fadhli Shaari: PAS Tidak Gentar 'Kedatangan' DAP Di Kelantan
link : Fadhli Shaari: PAS Tidak Gentar 'Kedatangan' DAP Di Kelantan
Fadhli Shaari: PAS Tidak Gentar 'Kedatangan' DAP Di Kelantan
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, berkata PAS sentiasa bersiap sedia menghadapi DAP kerana sudah tiba masanya parti itu datang ke Kelantan berdepan dengan PAS, tanpa perlu 'bercakap besar' lagi.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu, berkata langkah DAP menambah cawangan di Kelantan juga tepat kerana sedia maklum masyarakat bukan Melayu di negeri ini memberi sokongan penuh kepada mereka, namun parti itu pula tidak bertanding di Kelantan.
"Rakan Pakatan Harapan (PH) yang lain sudah jelas gagal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), bahkan ada yang hilang deposit di negeri. Justeru, ini adalah masa DAP turun sendiri untuk melebarkan sayap dan bertanding menggunakan nama mereka pada PRU akan datang.
"Kalau ikut ramalan DAP, PAS sudah kalah di negeri ini dan tidak akan menang walaupun satu kerusi, namun sebaliknya berlaku apabila realitinya PAS bukan saja dapat menambah kemenangan di Kelantan, bahkan berjaya menawan Terengganu.
"Tidak menjadi masalah (penambahan ahli DAP di kalangan orang Melayu), kerana kita tahu sokongan rakyat Kelantan sebenarnya terhadap PAS," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, malam tadi berkata walaupun PH tumbang di negeri ini pada PRU-14, namun usaha untuk memenangi hati rakyat, khususnya golongan Melayu tidak pernah terhenti apabila seramai 300 daripada 500 ahli baharu parti itu di Kelantan adalah orang Melayu.
Katanya, parti itu bukan saja berhasrat menentang Barisan Nasional (BN) bahkan bercita-cita besar menumbangkan PAS yang memerintah selama 28 tahun di Kelantan.
Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata pihaknya yakin rakyat Kelantan akan terus mempertahankan kerajaan sedia ada kerana tiada lagi kerajaan di negara ini yang bersih dan tidak korup selain kerajaan PAS Kelantan.
"Pemimpin utama DAP sebut rakyat akan pilih kerajaan yang bersih dan tidak korup, tapi kerajaan di Pulau Pinang yang baharu beberapa penggal sudah terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa walaupun ia masih belum disabitkan.
"Justeru, DAP tidak layak sentuh Kelantan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Fadhli Shaari: PAS Tidak Gentar 'Kedatangan' DAP Di Kelantan
Sekianlah artikel Fadhli Shaari: PAS Tidak Gentar 'Kedatangan' DAP Di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Fadhli Shaari: PAS Tidak Gentar 'Kedatangan' DAP Di Kelantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/fadhli-shaari-pas-tidak-gentar.html
0 Response to "Fadhli Shaari: PAS Tidak Gentar 'Kedatangan' DAP Di Kelantan"
Catat Ulasan