Loading...

Perhilitan Negeri Pahang Berjaya Rampas 231 Burung Eksotik !

Loading...
Perhilitan Negeri Pahang Berjaya Rampas 231 Burung Eksotik ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perhilitan Negeri Pahang Berjaya Rampas 231 Burung Eksotik !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perhilitan Negeri Pahang Berjaya Rampas 231 Burung Eksotik !
link : Perhilitan Negeri Pahang Berjaya Rampas 231 Burung Eksotik !

Baca juga


Perhilitan Negeri Pahang Berjaya Rampas 231 Burung Eksotik !


KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan tiga lelaki kerana disyaki menyimpan 231 burung eksotik di Kuala Rompin, Rompin dekat sini.

Pengarah Perhilitan Pahang Ahmad Azhar Mohamed berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua warga Indonesia itu ditahan dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari  Isnin lepas .  

"Suspek ditahan di sebuah rumah terbiar yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan burung-burung berkenaan dan dipercayai telah lama terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menyeludup burung berkenaan.  Pemeriksaan menemui 217 burung Murai Batu dan 14 burung eksotik pelbagai spesies di rumah berkenaan," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, Rabu.  

Ahmad Azhar menambah pihaknya turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang disyaki digunakan suspek.

Katanya, semua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Selasa, untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen.  

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  

Manakala, bagi kesalahan menyimpan burung Murai Batu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 60(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga RM50,000 atau dengan penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. #sumber



Demikianlah Artikel Perhilitan Negeri Pahang Berjaya Rampas 231 Burung Eksotik !

Sekianlah artikel Perhilitan Negeri Pahang Berjaya Rampas 231 Burung Eksotik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perhilitan Negeri Pahang Berjaya Rampas 231 Burung Eksotik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/perhilitan-negeri-pahang-berjaya-rampas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perhilitan Negeri Pahang Berjaya Rampas 231 Burung Eksotik !"

Catat Ulasan

Loading...