Loading...

Wan Azizah: Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan !

Loading...
Wan Azizah: Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Azizah: Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Azizah: Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan !
link : Wan Azizah: Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan !

Baca juga


Wan Azizah: Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan !


KUALA LUMPUR: Kerajaan sekali lagi menegaskan komitmennya untuk menaikkan had umur perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun bagi lelaki dan perempuan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ia susulan kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang tidak akan menyokong usul kerajaan untuk menyeragamkan proses tapisan perkahwinan membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, kementeriannya mengambil maklum mengenai kebimbangan SUHAKAM mengenai isu perkahwinan kanak-kanak.

Katanya, cadangan menaikkan had umur perkahwinan sedang diperhalusi beberapa kementerian dan agensi, seperti yang pernah disebut dalam kenyataannya pada 2 Julai lalu.

"Perkara ini adalah sejajar dengan manifesto Buku Harapan untuk menaikkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun bagi kedua-dua jantina.

"Semua pihak terbabit sedang giat membincangkan mekanisme pelaksanaan sebelum ia dimuktamadkan dalam masa terdekat.

"Kementerian juga tidak mempunyai autoriti untuk menyemak semula prosedur operasi standard sedia ada berkaitan kelulusan dan pengendalian urusan perkahwinan kanak-kanak kerana perkara ini berada di luar bidang kuasa kementerian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Wan Azizah sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan membentangkan pindaan menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun, pada sidang Dewan Rakyat akan datang, namun tidak memperincikan akta bakal dipinda.

Ia susulan tindakan seorang peraih getah berusia 41 tahun di Kelantan mengahwini seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun yang difahamkan berasal dari selatan Thailand, baru-baru ini, mencetuskan polemik apabila ia disifatkan bercanggah dengan Akta Kanak-Kanak 2016 dan Enakmen Keluarga Islam. #sumber


Demikianlah Artikel Wan Azizah: Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan !

Sekianlah artikel Wan Azizah: Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah: Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/wan-azizah-kerajaan-tegas-naikkan-had.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wan Azizah: Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan !"

Catat Ulasan

Loading...