Loading...

Ahli RELA Tolak Pampasan, Kes ‘Datuk Seri’ Pukul Di Teruskan

Loading...
Ahli RELA Tolak Pampasan, Kes ‘Datuk Seri’ Pukul Di Teruskan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli RELA Tolak Pampasan, Kes ‘Datuk Seri’ Pukul Di Teruskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli RELA Tolak Pampasan, Kes ‘Datuk Seri’ Pukul Di Teruskan
link : Ahli RELA Tolak Pampasan, Kes ‘Datuk Seri’ Pukul Di Teruskan

Baca juga


Ahli RELA Tolak Pampasan, Kes ‘Datuk Seri’ Pukul Di Teruskan


KUALA LUMPUR: Hasrat seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya “Datuk Seri” untuk menyelesaikan kes menyerang dan mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan cara membayar pampasan kepada ketiga-tiga mangsa tidak kesampaian apabila semua mereka menolak tawaran tersebut.

Perkara itu disampaikan peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili tertuduh, Liow Soon Hee, 29, ketika prosiding sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini.

“Pihak kami telah membuat satu representasi sama ada mereka (ketiga-tiga mangsa) sudi menerima pampasan bagi semua pertuduhan, namun demikian kami mendapat jawapan mereka tidak berminat dengan apa-apa tawaran dan jawapan itu juga dihantar ke Jabatan Peguam Negara,” katanya di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Peguam pemerhati bagi Rela, Datuk Michael Wong kemudian memberitahu mahkamah ketiga-tiga mangsa ditemubual oleh Ketua Pengarah RELA berhubung tawaran itu dan mengesahkan mereka mempertimbang dan menolak tawaran tersebut.

Sehubungan itu Mohamad Firdaus berkata mahkamah akan meneruskan kes itu dengan perbicaraan yang akan bermula pada 5 September ini.

Pada 31 Julai lalu, Liow melalui peguamnya menghantar representasi berhubung bayaran pampasan terhadap ketiga-tiga mangsa tersebut kepada Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin dan sebelum ini tertuduh juga pernah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan kes itu namun ditolak.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di luar bilik bicara, Zulkifli berkata keputusan untuk menolak bayaran pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya itu adalah kerana ia melibatkan maruah anggota penguatkuasa.

“Ini merupakan maruah anggota yang bertugas, kita tidak mahu Rela dilihat boleh dibeli apabila sesuatu perkara dilakukan terhadap RELA, pelaku itu boleh melarikan diri dengan hanya membayar duit. Kita tidak mahu memberi ‘wrong signal’ kepada masyarakat,” katanya yang mahu kes itu menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya lebih menghormati anggota penguatkuasa di negara ini.

Bagaimanapun, Rajpal mempersoalkan kehadiran Zulkifli di mahkamah hari ini sehingga media memberi perhatian kepada RELA.

“Media kena adil. Ya, kita menawarkan pampasan namun itu tidak bermakna yang RELA tidak bersalah, jangan dengar dari sebelah pihak,” katanya.

Pada 3 November tahun lepas, Liow mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan menyebabkan cedera parah, menyerang penjawat awam dan menyebabkan kecederaan ke atas tiga anggota RELA yang sedang bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang.

Bagi pertuduhan pertama, Liow didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Lee Weng Poh, 27, di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, pada 6.30 pagi, 27 Oktober 2017 mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 7 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dia juga dituduh dengan niat menyerang penjawat awam, Melvin Cheong Mun Khai, 21, yang sedang menjalankan tugasnya sebagai anggota RELA di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ke-3 dan ke-4, Liow didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Leong Jun Jie, 21, dan Melvin di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. #sumber



Demikianlah Artikel Ahli RELA Tolak Pampasan, Kes ‘Datuk Seri’ Pukul Di Teruskan

Sekianlah artikel Ahli RELA Tolak Pampasan, Kes ‘Datuk Seri’ Pukul Di Teruskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli RELA Tolak Pampasan, Kes ‘Datuk Seri’ Pukul Di Teruskan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/ahli-rela-tolak-pampasan-kes-datuk-seri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ahli RELA Tolak Pampasan, Kes ‘Datuk Seri’ Pukul Di Teruskan"

Catat Ulasan

Loading...