Loading...

Saifuddin Nasution Pula Cabar Abdullah Sani Kemukakan Bukti

Loading...
Saifuddin Nasution Pula Cabar Abdullah Sani Kemukakan Bukti - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saifuddin Nasution Pula Cabar Abdullah Sani Kemukakan Bukti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saifuddin Nasution Pula Cabar Abdullah Sani Kemukakan Bukti
link : Saifuddin Nasution Pula Cabar Abdullah Sani Kemukakan Bukti

Baca juga


Saifuddin Nasution Pula Cabar Abdullah Sani Kemukakan Bukti


PETALING JAYA: Giliran Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pula menuntut Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani mengemukakan bukti berhubung dakwaan wujud usaha menyekat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri.

“Pendirian saya sama dengan pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau bagi komen semalam,” katanya selepas merasmikan persidangan kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2018 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, hari ini.

Ahli parlimen Kulim Bandar Baharu itu berkata sepatutnya tidak timbul isu berkenaan kerana ia dicapai dalam satu kata sepakat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebelum gabungan itu menjadi kerajaan.

“Proses untuk peralihan ini adalah perkara dalam lingkungan PH, temanya adalah peralihan perkara itu telah dibincang dan dipersetujui di peringkat Majlis Presiden PH. Jadi kita kekal di situ dahulu, tidak timbul soal lain daripada itu,” katanya.

Menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu, pimpinan PH mencapai satu konsensus di mana Dr Mahathir akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar selepas 2 tahun.

Semalam, Dr Mahathir meminta mencabar pihak yang menuduh beliau dan Ketua Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin cuba menghalang Anwar menjadi perdana menteri, mengemukakan bukti.

Abdullah dilaporkan berkata beliau mempunyai bukti ke atas dakwaannya itu namun enggan mendedahkannya kepada media.

Beliau sebelum itu mendakwa Anwar akan berdepan masalah mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir jika Rafizi Ramli gagal menewaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan timbalan presiden pada pemilihan akan datang.

Dakwanya, pihak yang pernah melakukan kesalahan terhadap Anwar sekali lagi berkomplot untuk menghalang beliau menjadi perdana menteri dan secara terbuka mendakwa Daim mempunyai peranan dalam komplot itu. #sumber



Demikianlah Artikel Saifuddin Nasution Pula Cabar Abdullah Sani Kemukakan Bukti

Sekianlah artikel Saifuddin Nasution Pula Cabar Abdullah Sani Kemukakan Bukti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saifuddin Nasution Pula Cabar Abdullah Sani Kemukakan Bukti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/saifuddin-nasution-pula-cabar-abdullah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saifuddin Nasution Pula Cabar Abdullah Sani Kemukakan Bukti"

Catat Ulasan

Loading...