Loading...
Judul : Dakwaan Halang Anwar Jadi PM, PKR Beri Amaran Pada Calon
link : Dakwaan Halang Anwar Jadi PM, PKR Beri Amaran Pada Calon
Dakwaan Halang Anwar Jadi PM, PKR Beri Amaran Pada Calon
KUALA LUMPUR: PKR mula mengambil tindakan mengawal kerosakan selepas pemimpin PPBM bersuara terhadap dakwaan cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memberi amaran kepada semua ahlinya, termasuk kem Rafizi Ramli supaya tidak menyerang lawan serta pemimpin Pakatan Harapan (PH).
“JPP telah mengeluarkan garis panduan dan peringatan kepada anggota parti untuk menjaga tatatertib sewaktu proses kempen. Saya seru semua ahli PKR yang bertanding, baik di peringkat cabang atau pusat untuk mengambil berat peringatan dan amaran JPP supaya menjaga disiplin.”
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian selepas Majlis Simbolik Tanam Pokok sempena pelancaran “Pocket Park” di Bangsar, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.
Fahmi Fadzil (tengah) menyiram pokok yang ditanam bersama Mahadi Che Ngah (kiri) sempena pelancaran ‘Pocket Park’ di Bangsar, hari ini.
Fahmi berkata, ahli PKR tidak patut mengguris hati rakan sama parti serta sekutu PH.
“Hubungan antara parti juga perlu dijaga. Saya rasa Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan yang jelas, sekiranya wujud sebarang bukti, sila tunjukkan,” katanya merujuk dakwaan usaha menghalang Anwar menjadi perdana menteri.
“Kita sentiasa adakan pertemuan. Malam tadi kita mengadakan pertemuan bersama perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan ahli Parlimen, memang kita sentiasa berinteraksi untuk pastikan hubungan dan persahabatan kekal.”
Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga kem Rafizi mendakwa Tun Daim Zainuddin yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan, cuba menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.
Susulan itu, pimpinan PPBM mengkritik tindakan kem Rafizi kebudak-budakan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Wan Saiful Wan Jan mengingatkan ahli PKR perlu lebih beradab dan tidak mengheret orang lain dalam masalah dalaman parti itu.
PH menandatangani satu perjanjian yang menamakan Anwar sebagai pengganti Dr Mahathir.
Dr Mahathir, 93, dilaporkan berkata, dirinya mungkin berkhidmat dua tahun atau lebih, jika itu yang rakyat mahu. #sumber
Demikianlah Artikel Dakwaan Halang Anwar Jadi PM, PKR Beri Amaran Pada Calon
Sekianlah artikel Dakwaan Halang Anwar Jadi PM, PKR Beri Amaran Pada Calon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Halang Anwar Jadi PM, PKR Beri Amaran Pada Calon dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/dakwaan-halang-anwar-jadi-pm-pkr-beri.html
0 Response to "Dakwaan Halang Anwar Jadi PM, PKR Beri Amaran Pada Calon"
Catat Ulasan