Loading...
Judul : Bukan Pemilihan "Presiden", Azmin Tolak Debat Dengan Rafizi !
link : Bukan Pemilihan "Presiden", Azmin Tolak Debat Dengan Rafizi !
Bukan Pemilihan "Presiden", Azmin Tolak Debat Dengan Rafizi !
Timbalan Presiden PKR itu berkata pemilihan PKR adalah pemilihan parti, dan ia bukannya pilihanraya Presiden.
“Ini bukan pilihanraya Presiden di mana anda mahu penglibatan daripada rakyat.
“Ini pemilihan di kalangan ahli parti dan saya percaya kita boleh bincang secara dalaman untuk kebaikan parti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kesediaan Rafizi untuk berdebat dengannya, semalam.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu bertanding menentang Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.
“Kalau tidak ada debat, amat memalukan kerana UMNO melakukannya sebelum ini,” katanya.
Rafizi juga melancarkan kempen beliau bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan menyenaraikan 8 orang sebagai regu penyokongnya dalam pemilihan tersebut.
Azmin berkata, beliau mengucapkan “terima kasih” kepada Rafizi berkenaan perkara tersebut.
Katanya, PKR juga perlu dilihat lebih kuat selepas pemilihan parti.
Jun lepas, sebelum berlangsungnya pemilihan UMNO, satu debat diadakan antara calon utama bagi kerusi presiden parti itu yang melibatkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. #sumber
Demikianlah Artikel Bukan Pemilihan "Presiden", Azmin Tolak Debat Dengan Rafizi !
Sekianlah artikel Bukan Pemilihan "Presiden", Azmin Tolak Debat Dengan Rafizi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bukan Pemilihan "Presiden", Azmin Tolak Debat Dengan Rafizi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/bukan-pemilihan-presiden-azmin-tolak.html

0 Response to "Bukan Pemilihan "Presiden", Azmin Tolak Debat Dengan Rafizi !"
Catat Ulasan