Loading...
Judul : MP Kapar Dakwa Lanjutan CEP Bukti Tun M Enggan Berundur !
link : MP Kapar Dakwa Lanjutan CEP Bukti Tun M Enggan Berundur !
MP Kapar Dakwa Lanjutan CEP Bukti Tun M Enggan Berundur !
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa lanjutan perkhidmatan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bukti Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Dr Mahathir pernah memberi bayangan hampir sama sebelum ini, apabila mengumumkan beliau akan terus memegang jawatan itu jika rakyat masih memerlukannya.
“Dr Mahathir sendiri bila nak berhenti? Bila nak serah jawatan? Ini perjanjian konsensus, tetapi hari ini beliau sambung (lanjut perkhidmatan) Majlis Penasihat Kerajaan dalam satu jangka masa lagi.
“Maksudnya apa? Maksudnya tidak bersedia menyerahkan kepada Anwar jawatannya,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan CEP tidak akan dibubarkan walaupun pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan genap 100 hari kerana khidmat mereka masih diperlukan.
Pengumuman itu bercanggah kenyataannya pada 12 Mei lalu yang CEP akan dibubabarkan selepas 100 hari pentadbiran PH.
Pada 11 Jun lalu, Dr Mahathir dalam lawatan ke Jepun ketika itu berkata, beliau akan terus menjadi Perdana Menteri, jika itu yang dikehendaki rakyat.
Sementara itu, Sani menyifatkan hanya pihak yang tidak memahami politik akan mengkritik tindakannya mendakwa Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin yang mengetuai CEP cuba menghalang Anwar menjadi perdana menteri.
Semalam, Ketua PPBM Bahagian Padang Serai, Khairul Anuar Ramli memberi 7 hari kepada Sani memohon maaf berhubung dakwaannya Dr Mahathir dan Daim mendalangi kempen menghalang Anwar memimpin negara. #sumber
Demikianlah Artikel MP Kapar Dakwa Lanjutan CEP Bukti Tun M Enggan Berundur !
Sekianlah artikel MP Kapar Dakwa Lanjutan CEP Bukti Tun M Enggan Berundur ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MP Kapar Dakwa Lanjutan CEP Bukti Tun M Enggan Berundur ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/mp-kapar-dakwa-lanjutan-cep-bukti-tun-m.html
0 Response to "MP Kapar Dakwa Lanjutan CEP Bukti Tun M Enggan Berundur !"
Catat Ulasan