Loading...
Judul : Perogol Bersiri 'Rambo Bentong' Gagal Batalkan Hukuman Mati
link : Perogol Bersiri 'Rambo Bentong' Gagal Batalkan Hukuman Mati
Perogol Bersiri 'Rambo Bentong' Gagal Batalkan Hukuman Mati
PUTRAJAYA - Perogol bersiri yang dikenali sebagai "Rambo Bentong" gagal dalam rayuannya untuk membatalkan hukuman mati kerana membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong hampir enam tahun lalu.
Ini adalah hukuman mati kedua yang dijatuhi ke atas lelaki berusia 48 tahun itu atau nama sebenarnya Rabidin Satir.
Hukuman mati yang pertama ialah atas sabitan kerana membunuh seorang gadis berusia 17 tahun yang mayatnya ditemukan dengan kesan tetakan di leher di dalam sebuah bilik pada 2009.
Sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum menolak rayuan terakhir Rabidin terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan yang dihentak berkali-kali di kepala dengan pistol ketika dia dan isterinya sedang tidur di ruang tamu rumah mereka.
Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Malanjum berkata sabitan dan hukuman mati ke atas Rabidin oleh Mahkamah Tinggi adalah betul berdasarkan bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan.
Beliau juga mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atas Rabidin terhadap empat pertuduhan lain termasuk dua pertuduhan merogol isteri si mati. #sumber
Demikianlah Artikel Perogol Bersiri 'Rambo Bentong' Gagal Batalkan Hukuman Mati
Sekianlah artikel Perogol Bersiri 'Rambo Bentong' Gagal Batalkan Hukuman Mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perogol Bersiri 'Rambo Bentong' Gagal Batalkan Hukuman Mati dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/perogol-bersiri-rambo-bentong-gagal.html
0 Response to "Perogol Bersiri 'Rambo Bentong' Gagal Batalkan Hukuman Mati"
Catat Ulasan