Loading...

DAP Beri Kata Dua Kepada Ahli MT UMNO, Tajuddin Rahman !

Loading...
DAP Beri Kata Dua Kepada Ahli MT UMNO, Tajuddin Rahman ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Beri Kata Dua Kepada Ahli MT UMNO, Tajuddin Rahman !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Beri Kata Dua Kepada Ahli MT UMNO, Tajuddin Rahman !
link : DAP Beri Kata Dua Kepada Ahli MT UMNO, Tajuddin Rahman !

Baca juga


DAP Beri Kata Dua Kepada Ahli MT UMNO, Tajuddin Rahman !


KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, diberi 'kata dua' susulan dakwaannya berunsur perkauman bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini diterajui golongan Kristian yang dipelopori DAP.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, ketika menyuarakan amaran berhubung perkara itu mendesak Tajuddin menarik balik kenyataan tidak berasas dan berniat jahatnya terhadap DAP serta kepemimpinan parti berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Lip Eng berkata, pilihan kedua yang diberikan ialah supaya UMNO mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak itu kerana cuba menyuntik sentimen politik berunsur perkauman dan agama yang bersandarkan penipuan.

"Jika Tajuddin masih enggan dan ingin terus 'keras kepala' daripada menarik balik kenyataannya selepas membuat dakwaan politik palsu kepada DAP, saya tidak ada pilihan melainkan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut peruntukan jenayah terhadapnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Meniti penghujung kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, pada 3 Ogos lalu, Tajuddin dilaporkan menggesa pengundi di kawasan berkenaan untuk tidak menyokong kerajaan PH yang dipimpin oleh Kristian.

Selain itu, beliau mendakwa bahawa ahli politik Kristian dalam DAP menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk menyebarkan agama mereka, malah menyebut beberapa nama seperti Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan dan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee.

Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Kuala Lumpur berkata, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika berkempen di Kampung Jawa, iaitu kawasan dipenuhi masyarakat Melayu turut mengutarakan jangkaan, kononnya DAP akan mencadangkan supaya pemerintahan beraja dimansuhkan dan Malaysia dijadikan sebagai republik.


"Tajuddin harus membuktikan semua tuduhannya terhadap kerajaan, (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad, DAP dan komuniti Kristian.

"Sebagai Ahli Parlimen yang sekian lama berkhidmat dan menyandang jawatan berkenaan, beliau tidak sepatutnya menipu untuk menyuntik kebencian dan mengundang permusuhan dalam kalangan masyarakat.

"Adakah Tajuddin berani untuk melemparkan yang sama ketika berkempen untuk PRK Balakong dan Seri Setia akan datang?" katanya.

Mengulas keputusan PRK Sungai Kandis, Lip Eng berkata, Barisan Nasional (BN) kalah dalam 14 daripada 19 stesen pengundian, iaitu kebanyakannya dari Kampung Jawa yang menyaksikan kenyataan berbaur perkauman cuba 'ditiupkan' pemimpin pembangkang ketika berkempen.

Katanya, kemenangan PH di Sungai Kandis mencerminkan bahawa pengundi di negara ini, khususnya Melayu kini matang dan rasional susulan keputusan mengejut direkodkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), iaitu 9 Mei lalu sehingga menyaksikan regim BN tumbang selepas memegang tampuk kuasa selama 61 tahun.

Berbanding dakwaan pembangkang bahawa peratusan keluar mengundi rendah ialah isyarat protes terhadap PH, Lip Eng berkata, mesej PRK Sungai Kandis ialah politik kebencian, cubaan menyuntik ketakutan dan menyebarkan penipuan menggunakan kaum serta agama pasca PRU-14 tiada tempat di Malaysia. #sumber



Demikianlah Artikel DAP Beri Kata Dua Kepada Ahli MT UMNO, Tajuddin Rahman !

Sekianlah artikel DAP Beri Kata Dua Kepada Ahli MT UMNO, Tajuddin Rahman ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP Beri Kata Dua Kepada Ahli MT UMNO, Tajuddin Rahman ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/dap-beri-kata-dua-kepada-ahli-mt-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP Beri Kata Dua Kepada Ahli MT UMNO, Tajuddin Rahman !"

Catat Ulasan

Loading...