Loading...

Kemenangan Anwar Adalah Lambang Penghormatan Ahli PKR

Loading...
Kemenangan Anwar Adalah Lambang Penghormatan Ahli PKR - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemenangan Anwar Adalah Lambang Penghormatan Ahli PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemenangan Anwar Adalah Lambang Penghormatan Ahli PKR
link : Kemenangan Anwar Adalah Lambang Penghormatan Ahli PKR

Baca juga


Kemenangan Anwar Adalah Lambang Penghormatan Ahli PKR


PUTRAJAYA: Kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan Presiden PKR adalah lambang penghormatan kepemimpinan dan ahli parti terhadap beliau yang kembali untuk menerajui selepas hampir dua dekad.

Penyandang jawatan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata tidak timbul soal patuh mahupun tiada demokrasi dalam parti susulan kemenangan tokoh itu, sebaliknya ia membuktikan kepemimpinan matang dan mendahulukan kepentingan parti.

"Kita semua sedia maklum Datuk Seri Anwar adalah tokoh yang memulakan gerakan reformasi 20 tahun lalu, dan saya percaya anggota serta kepemimpinan PKR menghormati beliau untuk kembali menerajui parti sebagai Presiden.

"Saya fikir tidak timbul soal patuh atau tiada demokrasi dalam parti kerana kita meletakkan beliau di tempat yang sebetulnya," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Utama berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Bengkel Membangunkan Amalan Terbaik Pertanian Mengenai Penanaman Sawit, di sini, hari ini.

Pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR 2018 menyaksikan Anwar menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden selepas tempoh pencalonan ditutup pada jam 5 petang semalam.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi yang mendakwa penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mencabar Anwar bagi jawatan itu.

Mohamed Azmin yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden bakal berdepan saingan bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

Sementara itu, Shamsul Iskandar yang juga akan bertanding mempertahankan jawatan disandang, percaya ahli PKR mengenali beliau dan melihat rekod kepemimpinannya, terutama membawa perubahan terhadap kepemimpinan Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Saya fikir perkara ini akan menjadi dorongan untuk anggota parti membuat pilihan. Saya yakin anggota ada kebijaksanaan memilih dan berharap mereka memberikan saya peluang satu penggal lagi untuk terus berkhidmat dalam parti," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Kemenangan Anwar Adalah Lambang Penghormatan Ahli PKR

Sekianlah artikel Kemenangan Anwar Adalah Lambang Penghormatan Ahli PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemenangan Anwar Adalah Lambang Penghormatan Ahli PKR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/kemenangan-anwar-adalah-lambang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kemenangan Anwar Adalah Lambang Penghormatan Ahli PKR"

Catat Ulasan

Loading...