Loading...

Dua Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Menberima Rasuah

Loading...
Dua Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Menberima Rasuah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Menberima Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Menberima Rasuah
link : Dua Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Menberima Rasuah

Baca juga


Dua Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Menberima Rasuah


KUANTAN - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini,  atas dua pertuduhan menerima rasuah daripada seorang peniaga rokok seludup di Kuala Lipis, tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Lans Koperal Shafiq Kharidan dan Koperal Muhamad Norlizam Ali, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Berdasarkan pertuduhan,  kedua-dua tertuduh pada 23 September 2016, 10 malam di Jalan Felda Kechau, didakwa menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang- undang terhadap lelaki tersebut dan rakannya atas kesalahan memiliki rokok seludup.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menerima suapan RM 1,000 daripada individu pada 24 September 2016 di Restoran Capaty Curry House, Taman Cahaya, jam 10.30 malam.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) AKta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta (574) dan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM 10,000 mengikut mana-mana yang tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Khairulhazman Ghazali  dan beliau memohon jaminan RM 10,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Saifuldin Ab Rahman merayu mengurangkan jumlah itu dengan alasan wang yang cukup kerana pendapatan bulanan hanya RM900 dan mempunyai tanggungan keluarga.

Mohd Ghazali kemudiannya mengarahkan ikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan kepada setiap tertuduh dan menetapkan 14 September depan bagi tarikh sebutan semula  kes. #sumber


Demikianlah Artikel Dua Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Menberima Rasuah

Sekianlah artikel Dua Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Menberima Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Menberima Rasuah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/dua-anggota-polis-mengaku-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Menberima Rasuah"

Catat Ulasan

Loading...