Loading...
Judul : Kelantan Harap Dapat "Merasa" Royalti Minyak September Ini !
link : Kelantan Harap Dapat "Merasa" Royalti Minyak September Ini !
Kelantan Harap Dapat "Merasa" Royalti Minyak September Ini !
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berharap bayaran royalti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dapat ditunaikan menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan Persekutuan di bawah gabungan tersebut.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau berharap royalti itu dapat dibayar sekurang-kurangnya sekali pada tahun ini.
“(Kerajaan Persekutuan) baru-baru ini kata nak bayar jadi kami dah buka ‘bekas’ untuk terima, jadi kita harap jadi kenyataan sebelum hujung tahun… sekurang-kurangnya bayaran kali pertama.
“Dalam agreement (perjanjian di bawah Akta Petroleum 1974) disebut (bayaran pertama) pada September dan (bayaran) ke-2 pada Mac (tahun berikutnya), jadi sepatutnya September ini duit akan datang, jadi kita harap kerajaan Persekutuan boleh menunaikan tanggungjawab itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
Mengulas mengenai janji-janji lain yang terkandung dalam manifesto PH sebelum ini, Mohd Amar berkata rakyat perlu memberi masa kepada kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya.
“Pada pandangan kita, janji ini senang diucapkan tapi sukar untuk dilaksanakan dan kita pun kasihan juga kerana mereka memberi janji tanpa kajian dan maklumat yang jelas… ini mungkin kerana mereka tak ada pengalaman menjadi sebuah kerajaan sebelum ini.
“Jadi dia tak tahu selok-belok dan kaedah-kaedah pentadbiran. Dia ingat ini semua terlalu ‘simple’ untuk dibuat. Hari ini jadi kerajaan esok terus boleh laksana sedangkan dalam kerajaan ini ada prosedur, ada peraturan-peraturan dan aspek-aspek yang perlu diambil kira,” katanya.
Beliau berkata walaupun kerajaan Persekutuan dilihat berdepan kesukaran dalam menunaikan janji-jani mereka namun ia tetap perlu dibuat walaupun mengambil tempoh yang agak lama untuk dilaksanakan.
“Oleh kerana mereka menjadi kerajaan maka kita harap walaupun dalam tempoh 100 hari tak boleh buat, kita nak supaya janji-janji ini dibuat walaupun mungkin dibuat dalam tempoh lebih setahun.
“Ia perlu ditunaikan sebab ini janji dan rakyat memberikan mandat kepada mereka ini, antara faktor besar adalah kerana janji yang mereka tawarkan itu,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Kelantan Harap Dapat "Merasa" Royalti Minyak September Ini !
Sekianlah artikel Kelantan Harap Dapat "Merasa" Royalti Minyak September Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kelantan Harap Dapat "Merasa" Royalti Minyak September Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/kelantan-harap-dapat-merasa-royalti.html

0 Response to "Kelantan Harap Dapat "Merasa" Royalti Minyak September Ini !"
Catat Ulasan