Loading...
Judul : Timbalan Presiden: Rafizi Sedia Untuk Berdebat Dengan Azmin
link : Timbalan Presiden: Rafizi Sedia Untuk Berdebat Dengan Azmin
Timbalan Presiden: Rafizi Sedia Untuk Berdebat Dengan Azmin
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau sedia berdebat dengan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersempena pemilihan parti kali ini.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu bertanding menentang Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.
“Kalau tidak ada debat, amat memalukan kerana UMNO melakukannya sebelum ini,” katanya dalam satu temu bual dengan Astro Awani malam tadi.
Beliau berkata, debat wajar diadakan bagi menjelaskan isu.
Jun lepas, sebelum berlangsungnya pemilihan UMNO, satu debat diadakan antara calon utama bagi kerusi presiden parti itu yang melibatkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Rafizi melancarkan kempen beliau bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR dan menyenaraikan lapan orang sebagai regu penyokongnya dalam pemilihan tersebut.
Mereka terdiri daripada Nurul Izzah Anwar, Datuk Johari Abdul, William Leong, S Kesavan, Fuziah Salleh, Rodziah Ismail, Akmal Nasir dan Raymond Ahuar.
Rafizi mengisytiharkan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam temu bual itu juga, Rafizi berkata, beliau akan menolak lantikan dalam Kabinet sekiranya memenangi persaingan Timbalan Presiden PKR. #sumber
Demikianlah Artikel Timbalan Presiden: Rafizi Sedia Untuk Berdebat Dengan Azmin
Sekianlah artikel Timbalan Presiden: Rafizi Sedia Untuk Berdebat Dengan Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Timbalan Presiden: Rafizi Sedia Untuk Berdebat Dengan Azmin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/timbalan-presiden-rafizi-sedia-untuk.html

0 Response to "Timbalan Presiden: Rafizi Sedia Untuk Berdebat Dengan Azmin"
Catat Ulasan