Loading...
Judul : Fuziah Salleh Gesa Ambil Kira Pandangan Masyarakat & NGO !
link : Fuziah Salleh Gesa Ambil Kira Pandangan Masyarakat & NGO !
Fuziah Salleh Gesa Ambil Kira Pandangan Masyarakat & NGO !
KUANTAN - Kerajaan sedang membuat penambahbaikan berkaitan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam yang sudah diluluskan Kabinet.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh berkata, pihaknya memberi tempoh kira-kira lima bulan untuk mendapatkan pandangan masyarakat dan NGO.
Menurutnya, penambaikan itu perlu bagi memperkuatkan lagi jawatankuasa tersebut selepas pelaksanaannya.
"Kita turut mengambil kira pendapat NGO dan orang ramai,"katanya pada sidang media di Konvensyen Kepmimpinan Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan di Hotel Grand Makmur di sini, semalam.
Beliau berkata, jawatankuasa itu akan berperanan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk wakil parti politik, NGO dan tokoh tertentu bagi menghasilkan cadangan ke arah penambah baikan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan.
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pada Isnin lalu berkata, penubuhan jawatankuasa melibatkan lima anggota itu antara lain bertujuan menambah baik institusi Islam di peringkat persekutuan.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan (Perak), Datuk Dr Afifi al-Akiti sebagai timbalan manakala jawatankuasa dianggotai tiga tokoh lain iaitu Tan Sri Prof Dr Mohd Kamal Hassan, Datuk Nooh Gadot dan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Kesemua mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dengan perkenan Raja-raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lepas, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-249. #sumber
Demikianlah Artikel Fuziah Salleh Gesa Ambil Kira Pandangan Masyarakat & NGO !
Sekianlah artikel Fuziah Salleh Gesa Ambil Kira Pandangan Masyarakat & NGO ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Fuziah Salleh Gesa Ambil Kira Pandangan Masyarakat & NGO ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/fuziah-salleh-gesa-ambil-kira-pandangan.html

0 Response to "Fuziah Salleh Gesa Ambil Kira Pandangan Masyarakat & NGO !"
Catat Ulasan