Loading...
Judul : Saifuddin Gesa Elakkan Pemimpin Mahu Bina Empayar Peribadi
link : Saifuddin Gesa Elakkan Pemimpin Mahu Bina Empayar Peribadi
Saifuddin Gesa Elakkan Pemimpin Mahu Bina Empayar Peribadi
Beliau berkata, walaupun PKR merupakan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dalam memberi anggotanya pilihan untuk memilih pemimpin, namun disiplin dalam kalangan anggota hemdaklah diamalkan.
“Mereka tidak boleh terjebak dalam kempen memburukkan peribadi, membuat dakwaan palsu atau memfitnah orang lain.
“Anggota parti kini melihat. Semua bentuk kempen merosakkan hendaklah dielakkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat Bank Makanan Mutiara, hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna itu ditanya tentang kempen saling memburukkan antara 2 kem penyokong Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli, dan sama ada terdapat rancangan mengadakan debat bagi mengurangkan kesan buruk cara berkempen seemikian.
Saifuddin menyuarakan keyakinan terhadap kebijaksanaan anggota parti dalam memilih pemimpin mereka.
Beliau berharap anggota akan membuat pilihan masing-masing berdasarkan komitmen calon kepada perjuangan parti, sumbangan mereka serta idea dan kreativiti masing-masing.
“Selain itu katanya, anggota mesti memilih pemimpin yang menghargai sumbangan akar umbi.
“Saya juga percaya anggota akan menolak pemimpin yang terbawa-bawa untuk menggunakan kedudukan mereka bagi membina empayar peribadi kerana ia berlawanan dengan pendirian PKR, iaitu pembaharuan.
“Jangan remehkan kebijaksanaan anggota PKR,” kata beliau.
Pemilihan PKR dijadualkan pada September dan Oktober depan. Pencalonan bagi pemilihan yang diadakan 3 thun sekali itu bermula bulan ini.
Azmin dikatakan mempunyai kelebihan sebanyak 60% sokongan, sementara Rafizi 40%.
Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebelum ini menafikan laporan tentang wujudnya kumpulan dalam parti dan berkata ia hanyalah sebahagian daripada proses mudah demokrasi.
Lebih 90,000 anggota PKR layak mengundi dalam pemilihan parti kali ini dan dikatakan dijalankan dengan meggunakan sistem mengundi elektronik. #sumber
Demikianlah Artikel Saifuddin Gesa Elakkan Pemimpin Mahu Bina Empayar Peribadi
Sekianlah artikel Saifuddin Gesa Elakkan Pemimpin Mahu Bina Empayar Peribadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saifuddin Gesa Elakkan Pemimpin Mahu Bina Empayar Peribadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/saifuddin-gesa-elakkan-pemimpin-mahu.html
0 Response to "Saifuddin Gesa Elakkan Pemimpin Mahu Bina Empayar Peribadi"
Catat Ulasan