Loading...
Judul : Gempa Bumi Lombok: 91 Terkorban, Ribuan Rumah Musnah !
link : Gempa Bumi Lombok: 91 Terkorban, Ribuan Rumah Musnah !
Gempa Bumi Lombok: 91 Terkorban, Ribuan Rumah Musnah !
JAKARTA - Seramai 91 orang dilaporkan terkorban setakat ini dalam kejadian gempa bumi di Lombok semalam, yang turut memusnahkan beribu-ribu buah rumah dan bangunan di pulau itu.
Jumlah mangsa yang terkorban itu dikhuatiri terus meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang musnah teruk masih dilakukan pasukan penyelamat.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan bahawa kawasan yang mengalami kesan teruk akibat gempa itu ialah di Kabupaten Lombok Utara, Lombok Timur dan Kota Mataram.
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, setakat 10 pagi ini semua mangsa yang terkorban itu dikenal pasti sebagai warga Indonesia yang kebanyakannya terkorban di Lombok Utara seramai 72 orang, manakala yang lainnya dicatatkan terkorban di Lombok Barat, Lombok Tengah, Kota Mataram, dan Lombok Timur.
"Kebanyakan mangsa terkorban akibat terkena runtuhan bangunan, setakat ini lebih 200 dilaporkan cedera, dan kini dirawat di kawasan luar atau perkarangan pusat kesihatan atau rumah sakit kerana kondisi bangunan banyak yang rosak, selain kebimbangan berikutan berlaku gempa susulan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Gempa Bumi Lombok: 91 Terkorban, Ribuan Rumah Musnah !
Sekianlah artikel Gempa Bumi Lombok: 91 Terkorban, Ribuan Rumah Musnah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gempa Bumi Lombok: 91 Terkorban, Ribuan Rumah Musnah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/gempa-bumi-lombok-91-terkorban-ribuan.html
0 Response to "Gempa Bumi Lombok: 91 Terkorban, Ribuan Rumah Musnah !"
Catat Ulasan