Loading...
Judul : Rafizi: Projek Pereta Nasional Ketiga Bakal Undang Sinis Rakyat
link : Rafizi: Projek Pereta Nasional Ketiga Bakal Undang Sinis Rakyat
Rafizi: Projek Pereta Nasional Ketiga Bakal Undang Sinis Rakyat
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk melancarkan projek kereta nasional ketiga menjelang 2020.
Beliau berkata, projek itu dikhuatiri bakal mendatangkan impak kewangan yang besar kepada negara menerusi pelaburan bakal dibuat daripada dana awam.
Katanya, projek yang mendapat tentangan sebahagian besar rakyat itu turut menimbulkan persoalan sama ada dasar Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan cukai eksais yang dikenakan ke atas penjualan kereta akan diteruskan.
Menurutnya, platform dasar yang mahu menghapuskan cukai eksais demi menurunkan harga kereta tidak pernah berubah selepas PH ditubuhkan.
“Tidak ada mana-mana bahagian dalam kempen atau manifesto PH yang menyelitkan usaha mewujudkan perusahaan kereta nasional ketiga.
“Adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat menghapuskan cukai eksais untuk mengurangkan harga kereta apabila kereta nasional ketiga dilancarkan?.
“Apabila Menteri Pembangunan Usahawan (Mohd Redzuan Yusof) menetapkan tempoh masa khusus iaitu pelancaran projek menjelang 2020, saya tertanya-tanya sama ada perancangan khusus yang menilai kesan kewangan kepada negara dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, berkata pelaksanaan projek berkenaan sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Majlis Presiden PH untuk mendapat persetujuan bersama parti komponen sebelum ia diputuskan.
“Keputusan yang membabitkan perkara dasar mestilah diperhalusi secara prinsipnya di peringkat PH sebelum boleh dilaksanakan melalui Jemaah Menteri.
“Sementara rakyat masih memberi peluang kepada PH untuk melaksanakan janji manifesto (walaupun ada yang tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari), melaksanakan sesuatu yang tidak popular dan bertentangan dengan tawaran PH akan mengundang rasa sinis rakyat.
“Untuk mengurangkan sindiran dan serangan ke atas Kerajaan Persekutuan, saya menyeru supaya perkara ini dipertimbangkan semula,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Rafizi: Projek Pereta Nasional Ketiga Bakal Undang Sinis Rakyat
Sekianlah artikel Rafizi: Projek Pereta Nasional Ketiga Bakal Undang Sinis Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafizi: Projek Pereta Nasional Ketiga Bakal Undang Sinis Rakyat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/rafizi-projek-pereta-nasional-ketiga.html
0 Response to "Rafizi: Projek Pereta Nasional Ketiga Bakal Undang Sinis Rakyat"
Catat Ulasan