Loading...

Golongan Pekebun Kecil Resah & Mahu LGM Stabilkan Harga !

Loading...
Golongan Pekebun Kecil Resah & Mahu LGM Stabilkan Harga ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Golongan Pekebun Kecil Resah & Mahu LGM Stabilkan Harga !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Golongan Pekebun Kecil Resah & Mahu LGM Stabilkan Harga !
link : Golongan Pekebun Kecil Resah & Mahu LGM Stabilkan Harga !

Baca juga


Golongan Pekebun Kecil Resah & Mahu LGM Stabilkan Harga !


TEMERLOH  - Golongan pekebun kecil semakin resah dengan kejatuhan harga getah sejak sebulan lalu yang menyebabkan pendapatan mereka terjejas dan berharap kerajaan menerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) memainkan peranan bagi menstabilkan harga komoditi itu.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) negeri, Ahmad Awang berkata, trend kejatuhan harga getah sehingga RM1.80 sekilogram menyaksikan para penoreh hanya memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 sebulan berdasarkan keluasan kebun dan jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan pada masa ini.

Sehubungan itu, katanya, skim subsidi harga getah seperti diesel atau petrol seharusnya diperkenalkan bagi menampung masalah kejatuhan harga komo­diti berkenaan.

“Kos sara hidup yang semakin mening­kat menjadikan kua­liti hidup masyarakat pekebun kecil sema­kin terhimpit dengan situasi ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu kejatuhan harga komoditi getah yang menjadi punca pendapatan kira-kira 420,000 pekebun kecil di seluruh negara terjejas.

Sementara itu, seorang pekebun kecil dari Chenor, Maran dekat sini, Tengku Hasani Tengku Ahmad, 58, berkata, penoreh mahu satu jalan penyelesaian jangka panjang disediakan untuk menstabilkan harga getah di pasaran.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil ialah mendapatkan pasaran terbaharu bagi komoditi getah asli seperti di Eropah, India dan China yang masih memerlukan bahan asli untuk pembuatan produk hiliran.

Peneroka Felda Jengka 21, Zul Budin, 60, yang berpengalaman luas mengharungi cabaran harga getah yang tidak stabil pula berharap kerajaan mengadakan stok penimbal bersama negara pengeluar lain seperti Indonesia dan Thailand.

“Hal demikian kerana lambakan getah boleh mempengaruhi harga di pasaran yang terpaksa ditanggung para pekebun kecil di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Felda New Zealand dekat sini, Wan Ahmad Putra Wan Sulaiman, 55, bersetuju dengan cadangan supaya kerajaan mewujudkan harga lantai getah bagi tujuan mengimbangkan harganya di pasaran.

Katanya, dengan harga RM1.80 sekilogram pada masa ini, secara langsung pendapatan tunai para pekebun kecil termasuk peneroka Felda getah terjejas.

Ketua Kampung Felda Bukit Tajau, Norazhar Abd. Latif, 58, pula berharap kerajaan mencari mekanisme bagi memulihkan harga komoditi itu kepada harga yang munasabah.

“Rakyat berharap kualiti kehidupan lebih baik di bawah pentadbiran keajaan baharu ini,” katanya.

Bagi Ketua Peneroka Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abdul Rahim, 60, pekebun kecil berasa bimbang dengan trend kejatuhan harga getah yang ternyata memberi kesan negatif terhadap kehidupan rakyat di luar bandar. #sumber


Demikianlah Artikel Golongan Pekebun Kecil Resah & Mahu LGM Stabilkan Harga !

Sekianlah artikel Golongan Pekebun Kecil Resah & Mahu LGM Stabilkan Harga ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Golongan Pekebun Kecil Resah & Mahu LGM Stabilkan Harga ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/golongan-pekebun-kecil-resah-mahu-lgm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Golongan Pekebun Kecil Resah & Mahu LGM Stabilkan Harga !"

Catat Ulasan

Loading...