Loading...
Judul : Polis Kini Sedang Mengesan, Siasat Kes Buli Pelajar Di Kuantan
link : Polis Kini Sedang Mengesan, Siasat Kes Buli Pelajar Di Kuantan
Polis Kini Sedang Mengesan, Siasat Kes Buli Pelajar Di Kuantan
KUANTAN 1 - Polis sedang mengesan seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes buli dengan memukul rakan sekelasnya di sebuah sekolah menengah di sini yang tular dalam media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kejadian buli pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Cherating itu berlaku pada Selasa lalu namun laporan polis hanya dibuat mangsa tiga hari berikutnya.
"Sebaik sahaja polis mendapat laporan daripada mangsa pada 10 Ogos lalu, kami menjalankan siasatan dan mengambil keterangan daripada dua suspek tersebut.
"Bagaimanapun, suspek utama yang juga rakan sekelas mangsa tidak hadir ke sekolah. Saya harap ibu bapa atau pihak sekolah tidak melindunginya dan segera membawa ke balai polis berhampiran untuk diambil keterangan," katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD), di sini hari ini.
Video berdurasi 16.56 itu yang memaparkan seorang pelajar tingkatan dua dibuli rakan sekelas termasuk dipukul dengan sebatang kayu, dihayunkan kerusi ke badannya dan bertalu-talu ditumbuk tular dalam media sosial sejak semalam.
Menurut Mohamad Noor, mangsa turut mendakwa dibuli sejak April tahun ini apabila suspek utama itu sering meminta wang darinya.
"Namun, kita masih menyiasat punca sebenar mangsa dipukul pada hari kejadian. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dengan sengaja mendatangkan kecederaan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Polis Kini Sedang Mengesan, Siasat Kes Buli Pelajar Di Kuantan
Sekianlah artikel Polis Kini Sedang Mengesan, Siasat Kes Buli Pelajar Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Kini Sedang Mengesan, Siasat Kes Buli Pelajar Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/polis-kini-sedang-mengesan-siasat-kes.html
0 Response to "Polis Kini Sedang Mengesan, Siasat Kes Buli Pelajar Di Kuantan"
Catat Ulasan