Loading...

Guan Eng Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda !

Loading...
Guan Eng Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda !
link : Guan Eng Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda !

Baca juga


Guan Eng Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda !


GEORGE TOWN - Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan bukti pembayaran gaji RM5 juta kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia  Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

Katanya beliau mahu bekas  Perdana Menteri menunjukkan bukti berkenaan agar rakyat Malaysia dapat mengetahui ke mana wang negara digunakan. 

"Saya nak tanya bolehkah mantan Perdana Menteri tunjuk bukti bahawa Arul  mendapat RM10 juta satu tahun dan RM5 juta untuk tempoh enam bulan, ini kerana beliau (Najib) menyatakan Arul  mendapat gaji lebih tinggi semasa bekerja di tempat swasta. 

"Jadi saya harap mantan perdana menteri boleh tunjuk bukti," katanya kepada pemberita selepas sidang media filem 'Rise Ini Kalilah' di sini, hari ini. 

Guan Eng turut membidas kenyataan bekas Perdana Menteri  bahawa Arul  telah banyak berkorban dan memberikan sumbangan terhadap 1MDB, sebaliknya Lim berkata 1MDB hanya sebuah syarikat yang rugi dan mempunyai hutang yang banyak.

"Dia (Arul ) korbankan apa, apa yang dia rugi, sebenarnya kita boleh lihat Arul  untung RM5 juta dalam tempoh enam bulan dan ini ditandatangani oleh Najib sendiri.  So apa kata bekas PM, kita bukan nak dendam, kita hendakkan akauntabiliti, mananya pergi wang negara mengapa kita hutang sampai RM50  bilion untuk skandal 1MDB.

"Sekiranya kalau kita hendak menyiasat akauntabiliti dan transparency inipun dikira dendam, macam ini 30 juta rakyat Malaysia pun berdendamlah. 30 juta rakyat Malaysia pun nak tahu mana wang pergi, mengapa kita hutang begitu besar sampai RM50 bilion untuk satu skandal 1MDB .Ini belum kira skandal-skandal lain. Satu syarikat 1MDB sudah hutang RM50 bilion dan rugi begitu besar." katanya.

Guan Eng berkata beliau memberikan masa kepada Najib untuk menunjukkan bukti berkenaan sebelum perbicaraan kesnya di mahkamah  dimulakan.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu dilaporkan  mempertahankan pakej gaji RM5 juta yang diberi kepada  Arul yang disifatkan sebagai mendapat gaji lebih rendah ketika Arul berkhidmat dengan 1MDB berbanding jumlah yang diterimanya ketika bertugas dengan sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Najib turut dilapor berkata Arul sanggup menerima gaji jauh lebih rendah untuk bertugas dengan 1MDB dan malah berjaya mengurangkan hutang syarikat milik negara itu daripada RM50 bilion kepada RM30 bilion. #sumber



Demikianlah Artikel Guan Eng Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda !

Sekianlah artikel Guan Eng Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/guan-eng-minta-najib-kemuka-bukti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Guan Eng Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda !"

Catat Ulasan

Loading...