Loading...
Judul : Jumlah Pengundi Berkurangan, Lokman Salahkan Kerajaan PH
link : Jumlah Pengundi Berkurangan, Lokman Salahkan Kerajaan PH
Jumlah Pengundi Berkurangan, Lokman Salahkan Kerajaan PH
SHAH ALAM: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam, menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas peratusan keluar mengundi yang kurang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
Beliau mendakwa, ia ekoran tindakan kerajaan PH yang menyemai ketakutan dalam kalangan pengundi dan mewujudkan fobia dalam kalangan rakyat melalui beberapa tindakannya sejak mengambil alih Putrajaya pada 9 Mei lalu.
"Ramai yang takut untuk keluar mengundi kerana mereka bimbang sesuatu akan berlaku kepada mereka selepas melihat apa yang berlaku dalam negara kita, contohnya akaun cucu Datuk Seri Najib Razak, akaun Datuk Seri Najib sendiri boleh dibekukan dengan sesuka hati.
"Kita juga melihat banyak pemimpin menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mereka ini diminta meletakkan jawatan.
"Mereka takut sekiranya mereka terbabit maka kedudukan... mungkin anak dia atau bantuan (Jabatan) Kebajikan Masyarakat akan terjejas dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Gerakan BN PRK Sungai Kandis selepas keputusan tidak rasmi pilihan raya itu diketahui malam ini.
Lokman berjaya mendapat 9,583 undi, ditewaskan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang memperoleh 15,347 undi dengan majoriti undi sebanyak 5,765 undi.
Beliau berkata kurangnya pengundi keluar hari ini juga disumbangkan oleh pengundi warga emas yang menempuh pengalaman buruk ketika mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Katanya, warga emas takut mereka perlu memanjat tangga sehingga ke tingkat tiga bangunan serta perlu menunggu antara dua hingga tiga jam sebelum boleh mengundi.
"Warga emas melihat proses pengundian sebagai satu bebanan kali ini walaupun ia mungkin boleh selesai dalam tempoh 20 minit saja. Kami sudah menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenainya kali ini dan saluran untuk golongan itu diletakkan di tingkat bawah.
"Bagaimanapun, oleh kerana layanan ini, BN kena tempiasnya," katanya.
Beliau berkata, peratusan keluar mengundi yang berkurangan ini juga jelas menunjukkan orang muda dan pengundi Cina kecewa dengan kerajaan PH ekoran kegagalannya memenuhi janji PRU-14 berikutan separuh daripada mereka tidak menunaikan tanggungjawab masing-masing.
"Kalau pengundi yang duduk kerja di luar tak nak keluar mengundi kita faham tetapi pengundi tempatan ramai yang tidak mahu keluar mengundi. Saya yakin mereka sudah putus asa dan tidak percaya dengan kerajaan PH.
Lokman berkata, walaupun kalah, namun beliau tidak melihat itu sebagai tanda BN sudah tewas, sebaliknya ia menandakan kebangkitan BN selepas ia berjaya mengurangkan jumlah majoriti yang diperoleh PKR dalam PRU-14.
Katanya, beliau tidak kecewa kerana undi yang diterima oleh BN memberi isyarat bahawa parti itu dan UMNO masih relevan kepada rakyat dan pembangkang masih diperlukan.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam PAS yang memberikan sokongan dan saya berharap akan ada kerjasama lebih erat. PRK Sungai Kandis menjadi titik permulaan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Jumlah Pengundi Berkurangan, Lokman Salahkan Kerajaan PH
Sekianlah artikel Jumlah Pengundi Berkurangan, Lokman Salahkan Kerajaan PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jumlah Pengundi Berkurangan, Lokman Salahkan Kerajaan PH dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/jumlah-pengundi-berkurangan-lokman.html
0 Response to "Jumlah Pengundi Berkurangan, Lokman Salahkan Kerajaan PH"
Catat Ulasan