Loading...

Isu Kaum Dan Agama, Buat Melayu Kian Jauh Daripada UMNO !

Loading...
Isu Kaum Dan Agama, Buat Melayu Kian Jauh Daripada UMNO ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Kaum Dan Agama, Buat Melayu Kian Jauh Daripada UMNO !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Kaum Dan Agama, Buat Melayu Kian Jauh Daripada UMNO !
link : Isu Kaum Dan Agama, Buat Melayu Kian Jauh Daripada UMNO !

Baca juga


Isu Kaum Dan Agama, Buat Melayu Kian Jauh Daripada UMNO !


KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO seolah-olah mengakui sudah kehabisan modal politik apabila terus mempergunakan sentimen agama dan kaum untuk meraih simpati politik khususnya setelah tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Tindakan mengapi-apikan dakyah jahat itu kata Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji semakin jelas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis minggu lalu apabila Ahli Parlimen Pasir Salak membuat tuduhan kononnya Putrajaya sudah ‘dikuasi Kristian’.

“Sejak tewas pilihan raya, kita dapat lihat perangai UMNO semakin menjadi-jadi mempergunakan sentimen perkauman dan agama untuk dapat sokongan khususnya daripada orang Melayu.

“Tapi kita sendiri dapat lihat bahawa orang Melayu sendiri semakin menjauhkan diri dari permainan politik sebegini, BN gagal di Sungai Kandis, pengundi Melayu tolak politik toksik seperti itu” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Jelasnya, penolakan terhadap UMNO semakin jelas apabila semakin ramai orang Melayu beralih arah menyertai parti-parti politik lain seperti DAP, PKR, Amanah dan Bersatu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkata, UMNO ibarat memperbodohkan diri sendiri apabila terus menggunakan sentimen perkauman untuk meraih simpati orang Melayu.

“Rakyat tahu, orang Melayu tahu, segala kerosakan, penyelewengan, rasuah yang berleluasa, penghakisan tanah-tanah rizab Melayu dan sebagainaya bukan disebabkan DAP atau pembangkang lain tapi akibat kegagalan serta kelemahan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO selama ini.

“Rakyat lihat apa yang mereka lakukan selama ini, tak perlu tuduh orang lain,” katanya lagi. #sumber


Demikianlah Artikel Isu Kaum Dan Agama, Buat Melayu Kian Jauh Daripada UMNO !

Sekianlah artikel Isu Kaum Dan Agama, Buat Melayu Kian Jauh Daripada UMNO ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Kaum Dan Agama, Buat Melayu Kian Jauh Daripada UMNO ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/isu-kaum-dan-agama-buat-melayu-kian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Kaum Dan Agama, Buat Melayu Kian Jauh Daripada UMNO !"

Catat Ulasan

Loading...