Loading...
Judul : Kerajaan Negeri Kelantan Di Gesa Iktiraf Tanah Adat Orang Asli
link : Kerajaan Negeri Kelantan Di Gesa Iktiraf Tanah Adat Orang Asli
Kerajaan Negeri Kelantan Di Gesa Iktiraf Tanah Adat Orang Asli
“Bagaimana mungkin syarikat swasta ini berkelakuan seolah-olah kebal? Bagaimana mereka ini boleh bertindak sesuka hati? Adakah wujud tangan ghaib yang terlibat sama bersekongkol dengan pihak syarikat tersebut?” soalnya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas kekecohan yang berlaku ekoran tindakan samseng yang dipercayai daripada syarikat perladangan Durian Musang King merobohkan hadangan kira-kira pada jam 6 petang kelmarin.
Lebih dikesalkan, tindakan tersebut berlaku dua hari selepas jaringan Orang Asli kawasan tersebut menerima kunjungan Timbalan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) membincangkan penyelesaian hak tanah dan keselamatan komuniti di situ.
Tegas Kasthuri Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS perlu mengiktiraf, melindungi dan mempertahankan tanah adat yang didiami Masyarakat Orang Asli dan bukannya memberi kuasa kepada syarikat swasta untuk menceroboh atas alasan meningkatkan pendapatan negeri.
“Bagi menghentikan konfrontasi pihak-pihak syarikat dan masyarakat Orang Asli, kerajaan negeri perlu mengiktiraf hak masyarakat Temiar di sini sebagai penempatan mereka dan mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sebarang halangan.
“Kerajaan negeri juga perlu mengkaji semula semua kontrak dan kelulusan yang diberikan kepada pihak swasta serta melarang semua bentuk pembalakan di rizab hutan yang didiami masyarakat Orang Asli,” katanya lagi. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Kelantan Di Gesa Iktiraf Tanah Adat Orang Asli
Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Kelantan Di Gesa Iktiraf Tanah Adat Orang Asli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Kelantan Di Gesa Iktiraf Tanah Adat Orang Asli dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/kerajaan-negeri-kelantan-di-gesa.html

0 Response to "Kerajaan Negeri Kelantan Di Gesa Iktiraf Tanah Adat Orang Asli"
Catat Ulasan